Header Ads

Sultan Muhammad V Prihatin Terhadap Masjid Dan Islam

tuanku seorang sultan yang memang mendekati dan selalu berada di masjid dan selalu dapat ditemui rakyat
KOTA BHARU, 14 Okt (Bernama) -- Sultan Kelantan Sultan Muhammad V, yang dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong yang baharu, dilihat begitu prihatin dalam soal masjid dan agama Islam.

Imam Besar Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik), Muhammad Hana Pizi Abdullah, berkata baginda sering berada di masjid termasuk di Masjid Muhammadi yang merupakan masjid negeri.



"Kami warga masjid amat dekat dengan tuanku kerana baginda cukup prihatin dengan masjid dan agama. Seperti yang diketahui umum, tuanku seorang sultan yang memang mendekati dan selalu berada di masjid dan selalu dapat ditemui rakyat," katanya kepada Bernama di sini.

SUMBER: BERNAMA