NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Sudah bergenerasi hidup di Malaysia, masih pertikai tulisan Jawi – Ridhuan Tee



BANGI, 25 JAMADILAWAL — Tindakan seorang lelaki yang dilaporkan mengeluarkan kata-kata kesat ketika mempersoalkan penggunaan tulisan Jawi pada papan tanda jalan mengundang kecaman di media sosial.

Antara yang tampil membidas tindakan itu ialah Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah yang menyifatkannya sebagai kegagalan memahami identiti negara walaupun telah bergenerasi hidup di Malaysia.

“Bergenerasi hidup di bumi bertuah ini, dia tak tahu identiti negara termaktub dalam Perlembagaan,” katanya menerusi hantaran di Threads.

Ridhuan berkata, tulisan Jawi turut digunakan pada wang kertas serta lambang beberapa institusi penting negara.

“Duit kertas kita sah-sah ada tulisan Jawi, jata negara, logo polis, tentera. Siap ada kalimah Allah,” katanya.

Pada masa sama, beliau mempersoalkan sikap pihak yang mempertikaikan penggunaan tulisan Jawi, sedangkan tulisan itu dan imej masjid digunakan pada pembungkusan produk tertentu untuk menarik pengguna.

“Hairannya, bila buat mi, bihun, siap tulis Jawi dan gambar masjid untuk lariskan jualan,” katanya.

Terdahulu, portal Media Telus melaporkan penularan rakaman berdurasi beberapa saat yang memaparkan seorang lelaki merakam papan tanda jalan bertulis “Lorong Aman 5” sambil mempertikaikan penggunaan tulisan Jawi.

Menurut laporan itu, lelaki berkenaan turut mengeluarkan kata-kata kesat ketika menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap tulisan tersebut.

Bagaimanapun, lokasi kejadian dan identiti lelaki terbabit belum dapat dipastikan berdasarkan rakaman yang tular.

Sebagai latar, Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Seksyen 9 Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 pula menetapkan tulisan Rumi sebagai tulisan bahasa kebangsaan, namun tidak melarang penggunaan tulisan Melayu yang lebih dikenali sebagai tulisan Jawi.


Sumber | TV Pertiwi





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo