NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

‘Di rumah kami cerita tentang ikan tilapia, kambing pygmy’



HANG TUAH JAYA:
 Berbeza parti dan haluan politik tidak menjejaskan hubungan kekeluargaan calon Bersama DUN Bemban, Dr Solehin Saleh, dengan adiknya yang juga Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal.

Solehin berkata, mereka berpegang kepada prinsip tidak membawa politik ke rumah, sebaliknya memberi tumpuan kepada keluarga dan kehidupan harian setiap kali berkumpul.

“Kita akan letakkan semua ‘pakaian politik’ di luar rumah. Itulah yang arwah ayah saya ajar dan ibu saya tekankan. Kita tidak pernah bercerita mengenai politik di rumah.

“Kalau saya balik rumah, kita berbincang mengenai anak-anak. Sekarang, kita bercerita tentang ikan. Akmal ada ikan tilapia, manakala saya bela kambing pygmy yang sudah beranak,” katanya kepada FMT.

Beliau berkata, Akmal tetap menghormatinya sebagai abang, manakala hubungan kasih sayang mereka tidak berubah walaupun mempunyai pandangan politik berbeza.

“Akmal menghormati saya sebagai abang dan saya menyayanginya sebagai adik. Perbezaan fahaman politik dalam keluarga bukan perkara luar biasa,” katanya.

Mengulas kempen di Bemban, Solehin mengakui populariti Akmal sedikit-sebanyak membantunya ketika mula diumumkan sebagai calon pada Ogos lalu.

Katanya, ketika itu perhatian media lebih tertumpu kepada statusnya sebagai abang kepada Adun Merlimau itu.

Bagaimanapun, selepas hampir tiga bulan turun padang, beliau berkata pengundi mula mengenalinya berdasarkan usaha dan pendekatan sendiri.

Beliau tidak menganggap populariti Akmal sebagai beban, malah mengakui kerja kebajikan adiknya turut membantu memperkenalkannya kepada masyarakat.

Solehin mula berpolitik bersama Bersatu pada 2018 sebelum meninggalkan parti itu selepas ‘Langkah Sheraton’ kerana kecewa dengan perkembangan politik yang disifatkannya sebagai pengkhianatan terhadap perjuangan asal.

Dia kemudian menyertai Amanah sebelum beralih ke Bersama, yang menurutnya menawarkan platform lebih sederhana dengan menghimpunkan pelbagai kaum.

Mengenai peluang di Bemban, Solehin berkata kerusi itu terbuka kepada semua parti berdasarkan rekod kemenangan Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH) dan Bersatu sebelum ini.

Antara isu dibangkitkan penduduk ialah akses kepada kemudahan kesihatan, peluang pekerjaan, pembangunan setempat yang dianggap ketinggalan serta ketiadaan kompleks sukan untuk golongan muda.

Solehin menyasarkan kemenangan dalam pertandingan empat penjuru namun menyerahkan keputusan kepada pengundi pada 14 Nov ini.

Beliau berdepan penyandang Dr Yadzil Yaakub daripada Perikatan Nasional (PN), Rabaie Ab Hamid (Bersatu) dan Abd Halim Said (bebas).

Pada PRN Melaka 2021, Yadzil menang kerusi itu dengan majoriti 328 undi.


Sumber | FMT Malaysia








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo