NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Adly tewas di Bukit Katil, gagal pertahan kerusi 2 penggal



MELAKA:
 Bekas ketua menteri Melaka Adly Zahari gagal mempertahankan kerusi DUN Bukit Katil yang disandangnya selama dua penggal selepas tewas kepada calon Perikatan Nasional (PN) Ridzuan Sarif, pada PRN Melaka.

Menurut keputusan rasmi, Ridzuan daripada PAS memperoleh 15,305 undi menewaskan Adly daripada Pakatan Harapan (PH) yang meraih 8,698 undi.

Kerusi itu turut ditandingi calon bebas Abu Bakar Sabudin dan Aliza Che Amran (Bersama).

Kekalahan itu menamatkan penguasaan Adly di Bukit Katil sejak 2018, sekali gus menyaksikan PH kehilangan antara kerusi pentingnya di Melaka.

Adly yang juga naib presiden Amanah dan pengerusi PH Melaka pernah menerajui kerajaan negeri dari Mei 2018 hingga Mac 2020, sebelum pentadbirannya tumbang susulan perubahan sokongan beberapa Adun.

Beliau yang kini timbalan menteri pertahanan dan Ahli Parlimen Alor Gajah berjaya mempertahankan Bukit Katil pada PRN 2021 dengan majoriti 1,057 undi.

Pada PRN kali ini, Adly berdepan saingan empat penjuru membabitkan Ridzuan, calon Bersama Aliza Che Amran dan calon bebas Abu Bakar Sabudin.

Bekas Ahli Parlimen Bangi Ong Kian Ming meramalkan Adly mungkin kehilangan kerusi itu susulan kempen PH yang disifatkannya sebagai ‘hambar’, selain mengkritik manifesto gabungan berkenaan.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung Amanah Faiz Fadzil menolak pandangan itu dengan menyatakan kempen PH mendapat sambutan baik, manakala pengundi yang ditemuinya menyenangi khidmat Adly sebagai wakil rakyat.


Sumber | FMT Malaysia






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo