NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PN serah budi bicara Ab Rauf lantik Exco – Idris Ahmad



MELAKA – Perikatan Nasional (PN) menyerahkan kepada budi bicara Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berhubung cadangan pelantikan wakil gabungan itu sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco).

Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad berkata, perkara berkenaan merupakan kuasa prerogatif Ketua Menteri dan beliau tidak mahu mengulas lanjut mengenai cadangan tersebut.

“Itu kuasa prerogatif daripada Ketua Menteri, saya no comment bab ni. Kepada kita ialah yang penting hari ini, agenda pertama ialah kita menang dulu dan kita telah buktikan,” katanya.

Perikatan Nasional (PN) memenangi tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, sekali gus menyumbang kepada pembentukan kerajaan negeri bersama Barisan Nasional (BN).

Kerusi berkenaan adalah DUN Paya Rumput, Bemban dan Bukit Katil. – MalaysiaGazette







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo