NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRN Melaka: Bersatu terus ‘terkubur’, kalah semua 7 kerusi



MELAKA:
 Bersatu sekali lagi mengalami kekalahan menyeluruh selepas gagal memenangi sebarang kerusi daripada tujuh kawasan ditandinginya pada PRN Melaka, menyusuli nasib sama pada pilihan raya di Johor dan Negeri Sembilan.

Keputusan itu menyaksikan parti pimpinan bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin itu gagal memperoleh semula kerusi DUN di Melaka, selepas memenangi dua kerusi pada PRN 2021.

Antara calon tewas ialah Timbalan Ketua Bersatu Melaka Mohamad Ali Mohamad di Kelebang, yang turut ditandingi penyandangnya, Naib Presiden MCA Lim Ban Hong daripada Barisan Nasional (BN).

Mohamad Ali, yang juga bekas timbalan Yang Dipertua Dewan Negara, pernah bertanding di Sungai Udang atas tiket BN pada PRN 2021 tetapi tewas, sebelum menyertai Bersatu pada 2024.

Calon lain yang turut gagal ialah bekas Adun Pengkalan Batu Norhizam Hassan Baktee, Muhammad Rabaie Ab Hamid di Bemban dan Abdullah Mahadi di Sungai Udang.

Tiga lagi kerusi yang gagal dimenangi Bersatu ialah Lendu, Pantai Kundor dan Ayer Keroh.

Pada PRN 2021, Bersatu memenangi Bemban menerusi Dr Yadzil Yaakub dan Sungai Udang melalui Dr Aleef Yusof atas tiket Perikatan Nasional (PN), namun kedua-dua penyandang itu kemudian menyertai Parti Wawasan Negara (Wawasan).

Kekalahan di Melaka melanjutkan rentetan keputusan mengecewakan Bersatu selepas parti itu tewas di semua 16 kerusi ditandingi pada PRN Johor, 11 Julai lalu.

Nasib sama menimpa Bersatu pada PRN Negeri Sembilan, 1 Ogos, apabila kesemua 24 calonnya yang bertanding menggunakan logo sendiri gagal memenangi sebarang kerusi.

Bersatu juga gagal memenangi sebarang kerusi pada PRN Sabah, November tahun lalu, menjadikan keputusan di Melaka kekalahan menyeluruh keempat berturut-turut bagi parti itu.

Pada PRN Melaka kali ini, Bersatu bertanding menggunakan logo sendiri meskipun masih menganggotai PN.


Sumber | FMT Malaysia










........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo