NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Loke gesa Anwar adakan mesyuarat Majlis Presiden PH



  • Setiausaha Agung DAP Anthony Loke berkata akan mencadangkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengadakan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) bagi membincangkan perkembangan terkini politik susulan kenyataan dibuat pada Perhimpunan Agung UMNO.
  • “Sudah tentu kami melihat semua perkembangan ini dengan perhatian dan pertimbangan serius. Saya pasti akan meminta Perdana Menteri mengadakan mesyuarat Majlis Presiden PH untuk meneliti dan membincangkan perkembangan terkini sebaik sahaja beliau pulang dari luar negara.
  • “Beberapa kenyataan yang dibuat tidak baik dari segi kepastian dan kestabilan politik negara, seolah-olah parti komponen dalam kerajaan tidak menuju ke arah yang sama. Jadi perkara ini tidak memberi keyakinan kepada pelabur dan orang ramai. Perdana Menteri juga perlu memperjelas perkara ini dengan semua parti komponen,” katanya.

SUNGAI BULOH — Setiausaha Agung DAP Anthony Loke berkata akan mencadangkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengadakan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) bagi membincangkan perkembangan terkini politik susulan kenyataan dibuat pada Perhimpunan Agung UMNO.

Loke yang juga Menteri Pengangkutan berkata kenyataan itu menimbulkan kebimbangan berhubung kepastian dan kestabilan politik negara yang berpotensi menjejaskan keyakinan pelabur serta orang ramai.

“Sudah tentu kami melihat semua perkembangan ini dengan perhatian dan pertimbangan serius. Saya pasti akan meminta Perdana Menteri mengadakan mesyuarat Majlis Presiden PH untuk meneliti dan membincangkan perkembangan terkini sebaik sahaja beliau pulang dari luar negara. 

“Beberapa kenyataan yang dibuat tidak baik dari segi kepastian dan kestabilan politik negara, seolah-olah parti komponen dalam kerajaan tidak menuju ke arah yang sama. Jadi perkara ini tidak memberi keyakinan kepada pelabur dan orang ramai. Perdana Menteri juga perlu memperjelas perkara ini dengan semua parti komponen,” katanya.

Loke berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Pemeriksaan Kenderaan M.V.15 CARSOME Academy di hab pengedar CARSOME di sini hari ini.

Beliau ditanya mengenai kenyataan yang dibuat oleh Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam ucapan penggulungannya pada perhimpunan agung parti itu baru-baru ini yang menyentuh kedudukan Barisan Nasional (BN) dalam Kerajaan Perpaduan.

Semasa ditanya sama ada PH akan meminta penjelasan berhubung kedudukan BN atau cabaran yang dikeluarkan oleh kepimpinan UMNO, Loke berkata sebarang maklum balas rasmi peringkat tertinggi sepatutnya datang secara terus daripada Perdana Menteri.

— BERNAMA





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo