NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Henti polemik pelantikan Menteri Besar Negeri Sembilan



KUALA LUMPUR – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lenggeng, Datuk Mohd Asna Amin menggesa semua pihak menghentikan polemik berhubung pelantikan Menteri Besar Negeri Sembilan dan memberi ruang kepada kepimpinan baharu untuk mentadbir serta melaksanakan manifesto pilihan raya demi kepentingan rakyat.

Beliau berkata, dakwaan bekas Menteri Kabinet, Tan Sri Rais Yatim kononnya wujud campur tangan pihak luar dalam urusan pelantikan Menteri Besar adalah tidak berasas.

Menurutnya, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sentiasa bertindak mengikut lunas undang-undang, selain menghormati institusi diraja serta adat Negeri Sembilan.

“Saya percaya Presiden UMNO bergerak mengikut undang-undang dan tidak mencampuri apa juga urusan berkaitan Institusi Diraja serta adat Negeri Sembilan.

“Dakwaan terdapat campur tangan pihak luar dalam pelantikan jawatan menteri besar adalah tidak benar. Beliau bersikap profesional dan tidak mempengaruhi proses pemilihan tersebut,” katanya hari ini.

Asna berkata, selepas senarai nama calon menteri besar diserahkan kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional menyerahkan sepenuhnya kepada kebijaksanaan dan budi bicara Tuanku Muhriz Tuanku Munawir untuk membuat keputusan.

Katanya, amalan itu bukan sahaja dilaksanakan di Negeri Sembilan, malah turut dipraktikkan di negeri-negeri lain yang ditadbir Barisan Nasional.

Beliau berkata, pelantikan menteri besar sudah selesai dan kerajaan negeri telah mula menjalankan tanggungjawabnya, justeru semua pihak perlu menghentikan sebarang pertikaian yang hanya akan mengeruhkan keadaan.

“Berilah ruang kepada menteri besar melaksanakan tanggungjawabnya. Kini adalah masa untuk kita mengutamakan pembangunan negeri dan bersama-sama bekerja menunaikan manifesto pilihan raya bagi kebaikan rakyat,” tegas beliau.

Pada masa sama, beliau mengingatkan semua pihak supaya menjunjung titah Tuanku Muhriz yang menggesa kepentingan rakyat didahulukan berbanding kepentingan politik atau peribadi.

“Aspek itu perlu menjadi pegangan semua pihak demi memastikan kestabilan pentadbiran negeri dapat diperkukuhkan,” jelasnya lagi.

Mengulas dakwaan kononnya terdapat perbincangan untuk membawa Pakatan Harapan menyertai kerajaan negeri, Asna menegaskan perkara itu tidak pernah dibincangkan.

“Saya ingin menegaskan tiada sebarang perbincangan mengenai perkara itu. Titik,” katanya lagi. – MalaysiaGazette










........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

( Hide )
  1. Rais dan geng dia boleh la pergi buat majlis di mana² hotel di melaka.. lantik sesiapa yg dia hendak dan kemudian langsung angkat sumpah jadi mb depan dia..

    ReplyDelete

© all rights reserved
made with by templateszoo