NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRN Negeri Sembilan: BN 18 PN 7, pakat bentuk kerajaan negeri




BANGI, 17 SAFAR — Gabungan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) yang memperoleh majoriti dua pertiga akan membentuk Kerajaan Negeri Sembilan berdasarkan keputusan tidak rasmi Pilihan Raya Negeri (PRN) hari ini.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata BN secara tidak rasmi memenangi 18 kerusi, manakala PN memperoleh tujuh kerusi.

“Kami akan meneruskan perbincangan susulan antara kedua-dua gabungan ini berkaitan pembentukan kerajaan negeri yang baharu berdasarkan keputusan yang dimaklumkan,” katanya pada sidang media di Wisma UMNO Negeri Sembilan di Seremban, malam ini. Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata, kerajaan negeri yang bakal dibentuk adalah berteraskan persefahaman antara BN dan PN serta berpaksikan mandat yang diberikan rakyat.

Menurutnya, mandat itu hadir bersama dengan tanggungjawab besar untuk membentuk sebuah kerajaan yang stabil dan berwibawa, selain berusaha meningkatkan kesejahteraan rakyat serta kemakmuran negeri.

“Kami menerima keputusan ini dengan penuh rendah diri, tawaduk dan rasa tanggungjawab. Kepercayaan rakyat bukanlah alasan untuk kami leka atau sombong.

“Tugas kami bermula pada malam ini. Setiap aku janji dalam manifesto, insya-Allah akan kami lunaskan demi kepentingan rakyat dan negeri keseluruhannya,” katanya.



Sumber | TV Pertiwi 








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo