NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pengundi Cina kini tolak PH, lihat ‘gelombang biru’ BN-PN – Presiden Gerakan



  • Presiden GERAKAN, Dominic Lau mendakwa komuniti Cina, yang sebelum ini menyokong PH, kini menunjukkan isyarat positif terhadap BN-PN
  • GERAKAN mengesahkan kerjasama BN-PN untuk PRN N9, dengan hanya bertanding satu kerusi (Bukit Kepayang)
  • Lau menolak dakwaan DAP bahawa kemenangan BN-PN akan membawa pengaruh PAS (gelombang hijau).

SEREMBAN – Presiden GERAKAN, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai, dalam ucapannya di acara Biru-kan Seremban semalam mengesahkan komitmen kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan serta berpotensi untuk Pilihan Raya Umum akan datang.

Lau berkongsi pengalaman pahit ketika beliau meminta pertemuan dengan pemimpin Persatuan Teochew di Bukit Kepayang, namun permintaannya ditolak. 

Beliau mendakwa pemimpin tersebut menyifatkan usaha beliau sebagai “membuang masa” kerana komuniti Cina sebelum ini menyokong Pakatan Harapan sepenuhnya. 

Namun, Lau mengakui perkara itu berubah apabila pemimpin sama memberitahu bahawa kali ini mereka akan menolak PH sepenuhnya.

“Dia kata kepada saya, ‘Datuk, tapi kali ini kita akan sepenuhnya tolak Pakatan Harapan.’ Memanglah, selepas saya dengar berita macam ini, muka saya pun senyum,” katanya.

Lau turut menyatakan isyarat positif daripada pengundi Cina sepanjang kempen berbanding sambutan terhadap risalah parti pada pilihan raya lalu dengan sekarang.

“Kita katakan pada keseluruhannya orang Cina boleh menerima Perikatan Nasional dan Barisan Nasional di mana-mana tempat kita pergi kita menghadiri.

“Dulu kita bagi risalah, dia tak terima. Jika dia terima, dia buang depan kita. Tapi kali ini kita bagi risalah, mereka terima. Ini adalah tanda-tanda yang positif.” jelas beliau dalam ucapannya.

Beliau turut menolak dakwaan DAP yang kononnya kemenangan BN-PN akan membawa ‘gelombang hijau’ ke Negeri Sembilan. Sebaliknya, Lau menegas bahawa tiada kelihatan ‘gelombang hijau’.

“Saya tak nampak gelombang hijau. Saya nampak gelombang biru. Kita hanya ada gelombang biru saja.” katanya.

GERAKAN bertanding satu kerusi sahaja di Negeri Sembilan, iaitu DUN Bukit Kepayang. – The Merdeka Times





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo