Timbalan perdana menteri menegaskan beliau tidak tahu mengenai perkara itu dan BN akan kekal bersama kerajaan perpaduan sehingga PRU16.
“Tak ada, tak tahu. Saya tak tahu-menahu hal tu. Saya periksa dengan menteri dalam negeri pun, mengikut sumber pun tak ada, tak tahu, tak ada,” katanya menurut Berita Harian selepas menghadiri Sambutan Hari Imigresen Ke-104 di Cyberjaya.
Presiden Umno itu berkata, pendirian BN selaras resolusi yang diputuskan pada Perhimpunan Agung Umno.
“Tidak ada badan lebih tinggi daripada perhimpunan agung dan kita sangat menghormati keputusan itu. Jadi, kita harap janganlah risau.”
Terdahulu, tular di media sosial BN, PN, GPS dan GRS dijangka mengadakan sidang media pada 2 petang ini, tetapi sumber yang dipetik tidak menyatakan tujuan sidang media diadakan.
Sumber | FMT Malaysia
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment