NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pemimpin GPS, GRS nafi ada pertemuan dengan BN dan PN



PETALING JAYA:
 Pemimpin Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menafikan ada pertemuan antara kedua-dua gabungan dari Borneo itu dengan Barisan Nasional (BN) serta Perikatan Nasional (PN).

Ketua Whip GPS yang juga timbalan perdana menteri, Fadillah Yusof berkata gabungan itu tidak pernah dihubungi atau menerima jemputan daripada mana-mana pihak berkaitan pertemuan itu.

“Ya, tiada,” katanya ringkas kepada FMT.

Sementara itu, Setiausaha Agung GRS Armizan Mohd Ali, berkata beliau juga tiada maklumat mengenai pertemuaan yang didakwa berlaku hari ini.

Menteri perdagangan dalam negeri dan kos sara hidup itu berkata keutamaan GRS kini untuk memastikan segala fokus ditumpukan kepada agenda pembangunan serta kesejahteraan rakyat.

“Tiada maklumat berhubung pertemuan yang ditularkan dan tidak pernah ada perbincangan dalam kepimpinan GRS berkaitan sebarang jemputan atau perancangan pertemuan sedemikian.

“Tempoh kerajaan Persekutuan masih berbaki lebih setahun setengah dan negara juga sedang berdepan impak konflik geopolitik global,” katanya.

Pengerusi BN Zahid Hamidi yang dipetik Berita Harian juga menafikan berlakunya pertemuan itu seperti yang tular di media sosial.

Timbalan perdana menteri itu berkata beliau tidak tahu mengenai perkara itu dan menegaskan BN akan kekal bersama kerajaan perpaduan sehingga PRU16.

Terdahulu, tular di media sosial keempat-empat parti berkenaan dijangka mengadakan sidang media pada 2 petang ini, tetapi sumber yang dipetik tidak menyatakan tujuan sidang media diadakan.

Tiada sidang media berlangsung seperti didakwa.


Sumber | FMT Malaysia








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo