NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pas batal sidang media, tiada ulasan atau kenyataan dikeluarkan malam ini



MUAR – Pas Johor membatalkan sidang akhbar yang sepatutnya diadakan di Bilik Operasi Utama Perikatan Nasional (Pas) di Markas Pas Bakri, Simpang Jeram di sini pukul 8.30 malam tadi.

Ketua Penerangan Pas Johor, Mohd Firdaus Jaffar berkata, berdasarkan ketetapan pimpinan Pas, tiada sebarang ulasan atau kenyataan juga akan dikeluarkan pada malam ini.

“Semua pihak dimohon untuk menunggu sehingga keputusan rasmi dan penuh diumumkan. Terima kasih atas kehadiran, kesabaran serta kerjasama yang diberikan,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Pas bertanding 11 kerusi bawah tiket Perikatan Nasional (PN).- MalaysiaGazette






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo