BANGI, 24 MUHARRAM – Barisan Nasional (BN) mendakwa telah melepasi kemenangan majoriti mudah dan kini menang di 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Ia berdasarkan kiraan yang sudah selesai di semua saluran di kerusi DUN berkenaan setakat jam 8.40 malam ini.
Perkara itu dimaklumkan Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada sidang media di Bilik Gerakan Utama BN di Ibu Pejabat UMNO Johor, malam ini.
Berdasarkan keputusan tidak rasmi, BN menang di DUN Machap, Benut, Tanjung Surat, Sri Medan, Tenggaroh, Pasir Raja, Kahang, Endau, Penawar, Johor Lama, Maharani, Sedili, Parit Raja, Buloh Kasap, Pemanis, Bukit Kepong, Semerah dan Semarang.
BN turut menang di DUN Kemelah, Pulai Sebatang, Pekan Nenas, Rengit, Kukup, Kota Iskandar, Serom, Kempas, Permas, Paloh, Layang-Layang dan Senggarang,
DUN Johor mempunyai 56 kerusi dan untuk melepasi majoriti mudah memerlukan parti atau gabungan parti yang bertanding memenangi sekurang-kurangnya 29 kerusi.
Pakatan Harapan (PH) menghampiri kemenangan di lapan kerusi DUN berdasarkan kiraan yang hampir selesai di semua saluran mengundi di kerusi DUN berkenaan setakat jam 8.50 malam ini.
Antara kerusi berkenaan ialah DUN Penggaram, Mengkibol, Stulang, Bentayan, Skudai, Puteri Wangsa dan Senai.
Hanya DUN Simpang Jeram hingga kini menyaksikan saingan sengit dengan undi majoriti 159 undi diperoleh PH, berdasarkan 68 daripada 73 saluran mengundi yang sudah selesai dikira.
Perikatan Nasional (PN) pula tewas di semua kerusi ditandingi termasuk gagal mempertahan kerusi DUN Bukit Kepong, Maharani dan Endau yang dimenangi pada PRN 2022 lalu.
Sumber | TV Pertiwi
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment