KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Pas Pusat, Ahmad Fadhli Shaari membuat satu hantaran ringkas tetapi bagaikan membawa pertanyaan ramai pihak selepas menyaksikan Barisan Nasional (BN) menang besar dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, hari ini.
“Adakah akan dikotakan janji ini?” soalnya dalam satu hantaran di Facebook beliau malam ini.
Pada hantaran tersebut, Ahli Parlimen Pasir Mas itu turut memuat naik tangkap layar berita yang memetik kenyataan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming yang mengatakan akan letak jawatan jika UMNO menang besar dan Datuk Seri Najib Razak dibebaskan.
Terdahulu, pemimpin DAP mendakwa UMNO Johor berulang kali menyuarakan hasrat supaya Najib dibebaskan lebih awal dan beliau akan menjadi individu pertama dalam Kabinet yang akan meletakkan jawatan sekiranya perkara itu terjadi.
Kor Ming juga mendakwa, DAP akan menarik diri daripada Kerajaan Perpaduan sekiranya perkara itu berlaku kerana ia adalah “garis merah” parti terbabit.
Terdahulu, Kor Ming dilaporkan berkata, beliau akan menjadi individu pertama meletakkan jawatan sekiranya Najib dibebaskan tanpa sebarang kesalahan. -MalaysiaGazette
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment