JOHOR BAHRU – Keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan dijadikan panduan oleh Pakatan Harapan (PH) bagi memperkemaskan strategi menghadapi PRN Negeri Sembilan yang dijadual berlangsung dalam tempoh kira-kira tiga minggu lagi.
Pengarah Jentera PRN PH, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, parti itu akan meneliti secara menyeluruh corak pengundian serta faktor yang mempengaruhi keputusan PRN Johor sebelum merangka pendekatan lebih berkesan.
Menurutnya, PH akan kembali ke 'war room' bagi mengenal pasti kelemahan, isu yang timbul dan menyusun semula strategi untuk menghadapi pilihan raya akan datang.
"Jangkaan kita adalah untuk mengekalkan pentadbiran di bawah Pakatan Harapan di Negeri Sembilan. Kita mempunyai rekod pentadbiran yang baik dan yakin Datuk Seri Aminuddin Harun mampu meneruskan pentadbiran negeri.
"Keputusan Johor ini akan kita nilai semula bagi memperkukuhkan gerak kerja di Negeri Sembilan. Esok saya akan berbincang mengenai calon-calon, khususnya daripada PKR, dan pada 14 Julai dijangka senarai calon PH akan diumumkan," katanya pada sidang akhbar di Pusat Informasi PH di Skudai.
Beliau berkata, PH juga akan meneliti setiap saluran mengundi dan lokaliti bagi memahami perubahan pola sokongan serta menyesuaikan strategi menghadapi PRN Negeri Sembilan.
Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 ditetapkan pada 1 Ogos 2026, dengan hari penamaan calon pada 18 Julai 2026. Pilihan raya ini akan mempertaruhkan kesemua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
Pada PRN Ogos 2023, BN-UMNO menang 14 kerusi, manakala Perikatan Nasional (PN) memperoleh lima kerusi.
PH pula menguasai 17 kerusi menerusi kemenangan 11 kerusi oleh DAP, lima kerusi oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan satu kerusi oleh Parti Amanah Negara (Amanah).
Sumber | Sinar Harian
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


Pada Ph ni aku nak bagi nasihat yg sgt² berguna nih kalau nak menang lepas rebah di johore tu..
ReplyDeleteGini korang dgr baik²..
1. Korang kena bantai dap habis²an
2. Korang kena bantai pmx habis²an atas dasar gagal tunai janji
3. Korang kena bantai habis²an parti pan yg duk puja melangit parti dap.
4. Kes zahid47 ko beri penekanan, jgn kongkalikong.
Nah jika korang berjaya dlm sekurang² nya empat perkara tu.. aku yakin akan ramai yg sokong.
Aku ada byk lagi pandangan bernas.. tapi cukup yg tu dulu.. selamat mencuba.