JOHOR BAHRU – Calon Barisan (BN), Mohd Youzami Yusof menang bergaya di kerusi DUN Tenggaroh apabila mendapat majoriti 14,083 undi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16.
Pertandingan tiga penjuru itu menyaksikan Mohd Youzaimi meraih 17,760 undi di DUN berkenaan yang sebelum ini merupakan kerusi tradisi MIC.
Calon PH, Md Yusof Dawam mendapat 1,651 undi, Muhamad Ameerul Muhamad daripada Perikatan Nasional (PN) mendapat 3,677 undi.
Kemenangan Mohd Youzaimi itu sekali gus menyahut cabaran Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang sebelum ini mahukan BN menang di kerusi tradisi tersebut dengan peningkatan majoriti tiga kali ganda.
Sebagai rekod, kerusi DUN Tenggaroh sebelum ini ditandingi oleh parti komponen Barisan Nasional (BN) daripada MIC namun hanya dimenangi dengan majoriti kecil.
Dengan keputusan tersebut, DUN Tenggaroh kini sah sebagai kubu kuat mutlak BN dengan lonjakan sokongan padu yang drastik pada PRN Johor kali ini.- MalaysiaGazette
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment