NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Bekas ADUN Gemas umum keluar Bersatu



KUALA LUMPUR – Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gemas, Ridzuan Ahmad mengumumkan peletakan jawatan sebagai Ketua Bahagian Bersatu Tampin serta menarik diri daripada keanggotaan parti itu, berkuat kuasa hari ini.

“Saya, Ridzuan Ahmad, dengan ini meletakkan jawatan sebagai Ketua Bahagian Bersatu Tampin, berkuat kuasa pada Sabtu, 11 Julai 2026,” katanya dalam surat yang ditujukan kepada Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Menurut Ridzuan, keputusan itu dibuat selepas pertimbangan yang teliti, sambil merakamkan penghargaan kepada kepimpinan parti, ahli-ahli bahagian serta semua pihak yang telah memberikan kerjasama, sokongan dan kepercayaan kepadanya sepanjang beliau memegang jawatan tersebut.

“Saya mendoakan agar parti ini terus maju dan berjaya pada masa hadapan,” katanya.

Semalam, Aziman Hadi Nazri mengumumkan peletakan jawatan sebagai Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Armada Bersatu Kebangsaan serta Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu.

Sebelum itu, Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah mengesahkan beliau telah meletakkan jawatan sebagai Ahli MPT bagi memberi tumpuan kepada pentadbiran kerajaan negeri.

Minggu lalu, ADUN Sena yang juga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis, Marzita Mansor, turut mengemukakan peletakan jawatan daripada barisan kepimpinan parti.

Pada Khamis, Setiausaha Bersatu Perlis, Azahar Hassan mengumumkan beliau meletakkan jawatan daripada parti itu berkuat kuasa serta-merta, selain melepaskan semua jawatan yang disandang dalam Bersatu. -MalaysiaGazette






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo