NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Isham Jalil sertai Pas sebagai ahli seumur hidup – Mohamed Sukri



KUALA LUMPUR – Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil dilaporkan telah menyertai Pas sebagai ahli seumur hidup selepas mengisi borang keahlian parti itu, menurut Ketua Pemuda Pas Selangor, Mohamed Sukri Omar.

Mohamed Sukri berkata, beliau menerima mesej WhatsApp daripada Isham pada malam semalam yang memaklumkan, hasratnya untuk menyertai Pas dengan beliau bertindak sebagai pencadang manakala, Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan sebagai penyokong permohonan berkenaan.

Menurutnya, keputusan Isham itu dibuat atas keyakinan untuk memilih Pas sebagai wadah siasah dalam memperjuangkan serta mempertahankan agama, bangsa dan negara.

“Perjuangan Pas sentiasa terbuka kepada sesiapa sahaja yang ikhlas ingin berbakti. Kita tidak membina perjuangan atas dasar kepentingan peribadi, tetapi berasaskan akidah, prinsip dan tanggungjawab untuk memimpin masyarakat dengan nilai-nilai Islam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut mengalu-alukan penyertaan Isham ke dalam Pas dan berharap bekas pemimpin UMNO itu terus diberikan kekuatan, keikhlasan serta istiqamah dalam memikul amanah perjuangan parti.

Mohamed Sukri berkata, seluruh anggota Pas juga diharapkan terus istiqamah mempertahankan Islam, memperkukuh perpaduan ummah serta membina masa depan Malaysia yang lebih sejahtera.

“Perjuangan ini tidak diukur dengan siapa yang datang paling awal, tetapi dengan siapa yang tetap istiqamah hingga ke akhirnya.

“Selamat datang ke saf perjuangan,” katanya. – MalaysiaGazette







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

( Hide )
  1. Isham jalil ni sorang yg layak jadi pm, malah bagi aku dia jauh lebih layak dari tu si mb terengganu yg tak reti berkomunikasi,
    Hisham nampak karakter matang dan daya intelek, jugak dia terbukti seorang yg berkarisma dan berdaya politik yg bersifat stand alone bukan ditpapah oleh orang lain dlm ber-politik.
    Tu si anuar musa jgk ada karekter tapi munkin ada beberapa hal yg menghalang..
    Seorang ketua jerajaan nih takleh type yg kelu jgk takleh yg terlebih melalak..
    Antara orang yg layak jadi pm adah hishamudin hussin,.. jgk munkin dr baim.

    Nak tahu kena ada hold no bar hardtalk dibuat tgk macamana.. siapa yg boleh withstand pressure persoalan yg di bincangkan boleh lah di consider... main promote buta tuli tampa test tak jadi, era buat gitu dah lama berlalu.

    ReplyDelete

© all rights reserved
made with by templateszoo