- Dalam satu hantaran di Facebook, Ketua Penerangan Pemuda MCA, Neow Choo Seong mendakwa DAP menggunakan pendekatan dan naratif yang berbeza mengikut sasaran audiens, termasuk menuduh pihak lain bersifat rasis serta membawa “green wave”, namun mengubah pendekatan apabila berucap kepada kelompok lain.
- “Persoalannya, adakah mereka berani mengulangi hujah yang sama di hadapan media arus perdana dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris? Apabila bercakap kepada kelompok berbeza, naratifnya juga berubah. Di satu pentas menuduh orang lain rasis dan membawa “green wave”, tetapi di pentas lain menggunakan pendekatan yang berbeza mengikut sasaran audiens,” soalnya.
SEREMBAN– Ketua Penerangan Pemuda MCA, Neow Choo Seong mendakwa DAP terus memainkan sentimen berkaitan isu 3R (Kaum, Agama dan Institusi Diraja), khususnya ketika berhadapan dengan media berbahasa Cina, selain mempersoalkan konsistensi naratif parti itu apabila berkomunikasi dengan khalayak yang berbeza.
Dalam satu hantaran di Facebook, Neow mendakwa DAP menggunakan pendekatan dan naratif yang berbeza mengikut sasaran audiens, termasuk menuduh pihak lain bersifat rasis serta membawa “green wave”, namun mengubah pendekatan apabila berucap kepada kelompok lain.
Beliau turut mempersoalkan sama ada pemimpin DAP berani mengulangi hujah yang sama di hadapan media arus perdana berbahasa Melayu atau Inggeris seperti yang didakwa disampaikan kepada media berbahasa Cina.
“DAP dilihat menggunakan naratif yang berbeza apabila bercakap kepada kelompok berbeza. Di satu pentas menuduh orang lain rasis dan membawa ‘green wave’, tetapi di pentas lain menggunakan pendekatan yang berbeza mengikut sasaran audiens,” katanya.
Neow berkata tindakan sedemikian bercanggah dengan pendirian DAP yang selama ini mendakwa menolak politik perkauman.
Beliau turut mengingatkan bahawa DAP merupakan sebahagian daripada Kerajaan Persekutuan dan menggesa parti itu membuktikan komitmennya terhadap politik yang sederhana melalui tindakan serta pendirian yang konsisten, bukannya mengikut pentas dan khalayak.
Dalam hantaran sama, beliau berkata rakyat yang ditemuinya sepanjang tempoh berkempen lebih berminat mendengar cadangan parti-parti politik mengenai usaha meningkatkan ekonomi Negeri Sembilan, mewujudkan peluang pekerjaan serta mengurangkan beban kos sara hidup, khususnya dalam kalangan golongan muda, berbanding politik berasaskan sentimen.-The Merdeka Times
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


Hipokrit semer..
ReplyDeleteSemalam ada jerangkung buat demo support palestin.. tunggang palestine ler.. padahal mana rakyat palestin boleh kerja disini kalau hanya orang biasa pegang kad unhcr, anak nak masuk skolah kena yg swasta, takleh ada lesen memandu..
Oh ya.. tu nak cover story halau rohinya di kepala batas ler tu, di msia ni rohinya tak dikira saudara seislam oleh geng² mazhab penoggang nih.. palestine di asiabarat nampak, rohinya takdepan mata tak nampak.
Tuhan Maha Kaya.. dikepala batas pula tu ada melayu cakap kehadiran 40 keluarga rohinya telah menjejaskan ekonomi mereka. Hoho fuyoo .. orang palimen bekas pm, bekas tpm, negeri pm sekarang, tempat sebelah bekas pm dua kali, bekas pm pertama, cakap hadirnya rohinya telah jejaskan pendapatan.. hahah.. hohoho hihihi.
Nak tanya nih.. sana tak ada sekolah ke? Tak ada bajet ajar utk hidup ke? Atau orang sana iq bawah 50? Pastu orang sana pemalas cuma hidup dgn duit dedak politik.. pastu wakil rakyat dan dua² pm dari parlimen penang ber-iq bawah 50? Dan pm pm asal seberang prai cuma makan gaji buta tak ajar masyarakat berkerja? Atau dah ajar tapi cuma ajar cara tadah tempurung minta dedak?
Nih kes nih adalah telah mendedhkan kegagalan dua orang Pm, ahli parlemen serta adun², jugak kegagalan ketua menteri, timblan jetua² menteri dalam membina masyarakt yg kompeten.. bayangkan pembaziran duit berbilion untuk wakil rakyak, sejak katanya merdeka... hasilya warga masih lembik..
Nih ibarat team bola kebangsaan yg berdna milionan ringgit kalah lawan bola dgn team orang kampung yg padang bola pun tak ada,..
Adakah melayu disitu tu dibodohkan atau memang bodoh?
Kena ingat bahawa isu rohinya nih bermula dgn fitnah yg rohinya bina flat secara haram, ... siapa bayar orang² tu semua buat cerita tu?
Dah sah kan itu berita palsu.. kenapa penyebar berita palsu tu masih bebas? Kan ada akta bab sebar berita palsu?
Oh ada skolah zionis di msia ye?
Oh ada berita bervideo yg warga asing zeo dah kuasai forest city dan memang nak tubuhkan negeri mereka sejak setahun dah kan?
Dan sejak 2018 Tun M dah bagi amaran tentang hal tu kan?