NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Sikap suka kritik kejayaan kaum lain punca ekonomi Melayu tiada kemajuan



REMBAU: Perbuatan menghasut dan menyalahkan kejayaan kaum lain termasuk dalam sektor pertanian tidak memberi sebarang manfaat kepada ekonomi orang Melayu, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.

Beliau berkata tindakan sedemikian juga akan menyebabkan orang Melayu terus ketinggalan.

“Daripada kita menghabiskan masa mengkritik kejayaan kaum lain, lebih baik kita tumpu tenaga buka ladang, tingkatkan pengeluaran makanan dan bantu anak muda bina perniagaan.

“Cara sebenar untuk memartabatkan bangsa adalah melalui kerja keras dan hasil titik peluh sendiri,” kata Presiden Parti Amanah Negara itu ketika berucap pada ceramah kelompok Pakatan Harapan (PH) di Pusat Daerah Mengundi Astana Raja di sini malam tadi.

Turut hadir calon PH bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Kota Muhammad Allif Ibrahim.

Pengundian awal bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 akan berlangsung esok manakala hari mengundi ditetapkan pada Sabtu ini.

-- BERNAMA






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo