NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Rafizi lantang isu mafia korporat tapi diam isu khalwat Nik Nazmi? – Zulqarnain



KUALA LUMPUR – Pengasas Parti Bersama Malaysia (Bersama), Datuk Seri Rafizi Ramli dipersoalkan berhubung pendekatannya yang didakwa lebih agresif membangkitkan isu mafia korporat berbanding isu khalwat Nik Nazmi Nik Ahmad.

Peganalisis politik yang juga seorang peguam, Dr. Zulqarnain Lukman berkata, keadaan itu menimbulkan persoalan sama ada Rafizi konsisten memperjuangkan prinsip kebenaran apabila isu berkenaan turut membabitkan rakan politiknya sendiri.

“Apa yang kita nampak cara Rafizi menangani isu Nik Nazmi ini ada double standard berbanding dengan isu mafia korporat yang mana Rafizi lebih lantang.

“Ini menimbulkan persoalan sama ada Rafizi benar-benar memperjuangkan prinsip kebenaran atau prinsip tersebut akan luntur jika ada isu yang membabitkan rakannya sendiri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Zulqarnain berkata, dakwaan Rafizi cuba mengalihkan perhatian daripada isu Nik Nazmi kepada mafia korporat mungkin timbul berikutan perbezaan pendekatan yang ditunjukkannya dalam menangani kedua-dua isu itu.

Bagaimanapun, beliau berkata, isu mafia korporat sudah dibangkitkan Rafizi sejak beliau meletakkan jawatan dalam PKR dan sebagai Menteri Ekonomi.

Menurutnya, kemunculan isu berkenaan ketika kontroversi membabitkan Nik Nazmi dilaporkan kepada umum adalah kebetulan manakala Parti Bersama sudah merehatkan Nik Nazmi daripada parti selama tiga bulan.

“Saya fikir apa yang Rafizi ulang mengenai mafia korporat ini adalah respon balas terhadap kenyataan pihak kerajaan yang mana mengumumkan bahawa laporan mengenai mafia korporat ini akan dibentangkan kepada jemaah menteri setelah siasatan mengenai perkara itu selesai.

“Perdana Menteri juga telah arahkan isu mafia korporat ini disiasat oleh Peguam Negara,” katanya.

Sehubungan itu, Zulqarnain berpandangan, isu mafia korporat tidak semestinya dibangkitkan sebagai taktik mengalihkan perhatian daripada isu Nik Nazmi.

Sebaliknya, beliau mendakwa Rafizi dilihat cuba menjauhkan dirinya dan Parti Bersama daripada liabiliti yang timbul susulan kontroversi membabitkan Nik Nazmi.

Zulqarnain berkata, kerajaan juga sudah memberikan penjelasan mengenai isu mafia korporat itu di Parlimen menerusi Perdana Menteri dan Menteri Komunikasi.

Siasatan berhubung dakwaan mafia korporat bukan perkara mudah kerana tiada pengadu khusus dan siasatan dibuat sebagai respons terhadap perkara yang tular.

“Isu ini juga melibatkan isu teknikal saham dan syarikat dan sudah pasti melibatkan dokumen yang banyak untuk dibuktikan,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Zulqarnain berkata, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R. Ramanan yang dikaitkan dengan wang RM9.5 juta sudah mengambil tindakan undang-undang terhadap Rafizi.

Beliau berkata, tindakan undang-undang turut diambil oleh Datuk Seri Farhash Wafa Salvador.

Sebelum ini, Penasihat Pertubuhan Kebajikan Impak Madani (Impak Madani), John Ooh Sin Hwa mendakwa Rafizi sengaja membangkitkan isu mafia korporat bagi mengalihkan perhatian daripada isu khalwat yang dikaitkan dengan Nik Nazmi menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

John turut mendakwa tindakan itu bertujuan mengelakkan Parti Bersama daripada menerima kekalahan teruk pada pilihan raya berkenaan. – MalaysiaGazette














........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo