NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Majoriti pengundi Melayu, Mengapa tiada wakil Melayu selama 52 tahun di DUN Sri Tanjung? – Calon Bebas



SEREMBAN — Di sebalik kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan yang tertumpu kepada isu kos sara hidup, pembangunan dan peluang pekerjaan, satu persoalan berbeza dibangkitkan calon Bebas DUN Sri Tanjung, Islah Wahyudi Zainuddin.

Mengapa sebuah kawasan yang mempunyai pengundi Melayu paling ramai tidak mempunyai wakil rakyat Melayu selama lebih lima dekad?

Menurut Islah, itulah antara faktor utama yang mendorong beliau menawarkan diri sebagai calon bebas pada PRN Negeri Sembilan Ke-16.

“Dekat sini sudah 52 tahun tidak ada calon Melayu menjadi wakil kepada suara orang Melayu yang merupakan majoriti dekat sini,” katanya dalam temu bual khas bersama The Merdeka Times.

Beliau mendakwa keputusan parti-parti politik utama tidak meletakkan calon Melayu di kerusi itu menyebabkan beliau merasakan sudah tiba masanya pengundi diberikan pilihan lain.

“Saya cuma melangkah ke depan sebab UMNO tak hantar orang Melayu. Bersatu tak hantar orang Melayu. PH tak hantar orang Melayu,” katanya.

Kerusi DUN Sri Tanjung mempunyai 19,590 pengundi berdaftar, dengan komposisi Melayu 37.4 peratus, Cina 31.4 peratus dan India 28.1 peratus. Walaupun masyarakat Melayu merupakan kumpulan pengundi terbesar secara individu, tiada satu kaum pun membentuk majoriti mutlak melebihi 50 peratus.

Bagi Islah, isu yang dibangkitkan bukan sekadar berkaitan kaum, sebaliknya soal representasi masyarakat tempatan dalam sistem demokrasi. Beliau berpandangan wakil rakyat perlu memahami sejarah, identiti dan kepentingan kawasan yang diwakili, terutama apabila menyentuh isu budaya dan warisan tempatan.

Menurutnya, sistem politik hari ini lebih mengutamakan strategi parti berbanding kehendak masyarakat setempat.

Islah mengakui pertarungan sebagai calon bebas bukan sesuatu yang mudah.

Tanpa jentera parti dan kekuatan kewangan seperti parti politik utama, beliau berkata calon bebas perlu bergantung kepada sokongan masyarakat, aktivis dan rangkaian sukarelawan.

Pada masa sama, beliau berpendapat pengundi di Malaysia masih cenderung memilih berdasarkan logo parti berbanding latar belakang calon.

“Pengundi masih terpengaruh dengan logo parti,” katanya.

Beliau turut menyifatkan keadaan itu sebagai cabaran terbesar kepada mana-mana calon bebas untuk menembusi dominasi parti-parti politik.

Kerusi DUN Sri Tanjung menyaksikan pertandingan lima penjuru pada PRN Negeri Sembilan Ke-16.

Penyandang daripada Pakatan Harapan (PH), Datuk Dr Rajasekaran Gunnasekaran, akan mempertahankan kerusi itu berdepan calon Barisan Nasional (BN), A. Achutan; calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), M. Leevineshwaraan; serta dua calon bebas, A. Saravanan dan Islah Wahyudi Zainuddin.

Persaingan di Sri Tanjung bukan sahaja menjadi medan perebutan undi antara parti-parti politik utama, malah turut menguji sejauh mana pengundi bersedia menerima calon bebas yang membawa naratif berbeza daripada wacana politik arus perdana.

Bagi Islah, keputusan pilihan raya nanti bukan sekadar menentukan siapa bakal menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), tetapi juga memberi jawapan sama ada isu representasi masyarakat tempatan masih mempunyai tempat dalam pertimbangan pengundi.-The Merdeka Times






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo