NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

BERSATU akan hilang undi Melayu tanpa kerjasama strategik – penganalisis




BANGI, 2 SAFAR —  Langkah BERSATU untuk bertanding secara solo pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan dilihat sebagai perjudian politik, kata penganalisis politik.

Bercakap dengan TV Pertiwi, Dr Ahmad Zaharuddin Sani Sabri berkata, keputusan yang dibuat oleh parti yang diterajui oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin itu bakal menjadi satu ujian getir terhadap daya tahan politiknya.

Beliau berkata, parti itu sebelum ini tidak dinafikan pernah mendapat momentum sokongan, namun kekuatan itu banyak bergantung kepada gabungan dan sokongan daripada PAS.

“Tanpa kerjasama strategik, BERSATU bedepan risiko kehilangan undi blok Melayu-Islam yang kini semakin terpecah antara PN, BN dan PH.

“BERSATU tidak memiliki akar umbi yang setanding UMNO atau PAS. Struktur parti itu masih muda, bergantung pada personaliti kepimpinan dan isu semasa.

“Dalam sistem pilihan raya Malaysia yang berasaskan majoriti mudah, pertembungan tiga atau empat penjuru akan memecahkan undi dan parti dengan jentera paling kukuh biasanya menang,” katanya.

Baru-baru ini, Perikatan Nasional (PN) mengumumkan bahawa pembahagian kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan hanya akan dibahagikan antara empat parti komponen gabungan tersebut.

Empat parti itu ialah PAS, Parti Wawasan Negara (WAWASAN), GERAKAN dan MIPP manakala BERSATU membuat keputusan untuk bertanding menggunakan logo sendiri.

Mengulas lanjut, Zaharuddin berkata, situasi ini meletakkan BERSATU di persimpangan sama ia akan menentukan parti itu akan membuktikan identiti tersendiri atau terpinggir dalam landskap yang semakin kompetitif.

Beliau berpandangan, BERSATU dengan kapasiti terhad, berisiko menjadi ‘spoiler’ yang melemahkan PN, tetapi tidak cukup kuat untuk menawan kerusi secara konsisten.

“Jika BERSATU gagal mengekalkan naratif relevan dan sokongan akar umbi, ia berpotensi menjadi parti pinggiran, sekadar melengkapkan statistik pilihan raya.

“Dalam politik Malaysia, idealisme sahaja tidak mencukupi. Kekuatan jentera dan gabungan yang tepat menentukan kelangsungan. 

“BERSATU kini berada di persimpangan antara survival atau sekadar sejarah,” tambah beliau.


Sumber | TV Pertiwi









........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo