NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Bergerak solo hanya jadikan DAP pembangkang – Loke




BANGI, 2 SAFAR —  Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, mengakui bahawa parti itu tidak mampu pergi jauh jika bergerak secara bersendirian dalam landskap politik negara.

Sehubungan itu, katanya DAP tidak akan meninggalkan Pakatan Harapan (PH) yang dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum berakhir penggal kerajaan semasa.

Beliau berpendapat bergerak solo memang dilihat ‘mudah’, namun parti hanya mampu memainkan peranan sebagai pembangkang.

“Jika kita benar-benar mahu membawa perubahan dalam kerajaan dan masyarakat, kita mesti berada dalam kedudukan yang mempunyai kuasa.

“Jadi, saya percaya kepada politik gabungan,” katanya menerusi wawancara bersama media antarabangsa, Channel News Asia (CNA) di pejabatnya di Parlimen, Isnin lalu.

Mengikut laporan Sinar Harian, Loke mengulangi pendirian itu susulan prestasi mengecewakan DAP dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 11 Julai lalu, selain persediaan menjelang PRN Negeri Sembilan pada 1 Ogos serta Kongres Khas DAP pada 16 Ogos.

Beliau yang juga Menteri Pengangkutan berkata, tindakan menarik diri dari PH hanya akan menyebabkan pihaknya terperangkap dengan strategi lawan politik yang sememangnya tidak mahu DAP berada dalam kerajaan.

DAP yang engan memiliki 40 kerusi Parlimen merupakan parti penyumbang jumlah kerusi terbesar kepada PH yang turut dianggotai Parti Keadilan Rakyat (PKR) pimpinan Anwar serta Parti Amanah Negara (Amanah).

Di peringkat Persekutuan, Kerajaan Perpaduan turut disertai Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) serta beberapa parti lain.

Bagaimanapun, PH dan BN menjadi pesaing di peringkat negeri seperti di Johor yang menyaksikan pemimpin kedua-dua gabungan saling berbalas kenyataan secara terbuka.

Bagi PRN Negeri Sembilan, PH mengumumkan bakal bertanding di semua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

BN pula memaklumkan bertanding di 25 kerusi, manakala baki 11 kerusi diperuntukkan kepada parti komponen Perikatan Nasional (PN).


Sumber | TV Pertiwi
















........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo