Timbalan Presiden Tuan Ibrahim Tuan Man, justeru semua pihak dinasihatkan ‘tidak terlalu ekstrem’ menetapkan garis hubungan dengan mana-mana rakan sekutu.
“Politik ni sesuatu yang bersifat pragmatik, maka sikap sederhana adalah baik.
“Kalau kita suka sesuatu jangan terlampau kasih, mungkin satu hari menjadi musuh; begitu juga kalau kita benci sesuatu, jangan terlampau benci, mungkin suatu hari menjadi kawan,” katanya kepada FMT.
Beliau mengulas kenyataan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin bahawa parti itu akan membentuk gabungan baharu dengan parti lain selepas PRN Negeri Sembilan.
Muhyiddin berkata, antara yang akan menyertai gabungan baharu itu ialah parti di bawah Ikatan Prihatin Rakyat (IPR), termasuk Putra pimpinan Ibrahim Ali dan Urimai diketuai P Ramasamy.
Menurut bekas perdana menteri itu, Bersatu bagaimanapun masih bersama PN meskipun beliau menganggap gabungan itu sudah menjadi toksik dan terpesong daripada perjuangan bawah pimpinan PAS.
Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata dalam mendepani dinamika politik semasa, sumbangan setiap pihak yang pernah bekerjasama sebelum ini wajar dihargai.
“Setiap pihak ada sumbangan yang perlu dihargai, sebagaimana ada pihak melakukan kesalahan yang perlu dijadikan peringatan,” katanya.
Sumber | FMT Malaysia
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment