NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Perpecahan parti Melayu punca DAP terus berada dalam kerajaan




BANGI, 2 SAFAR —  Perpecahan dalam kalangan parti-parti Melayu sejak sekian lama menjadi punca utama yang memberi ruang kepada DAP terus berada dalam kerajaan.

Penasihat politik dan Perundangan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Sharipudin Ab Kadir, berkata pengalaman politik negara menunjukkan perpecahan dalam kalangan parti-parti Melayu hanya menguntungkan DAP sehingga membolehkan parti itu berada dalam kerajaan.

“Sepatutnya DAP tidak berada dalam sistem kerajaan dari dulu lagi. Tetapi perpecahan parti Melayu yang memberi ruang kepada mereka berada dalam kerajaan.

“Parti PAS telah bersama DAP akhirnya gagal dan menolak DAP. Parti UMNO baru merasai pengalaman buruk bersama DAP juga melalui pengalaman yang sama. Gagal dan menolak DAP tetapi tidak sepenuhnya,” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Ustaz Sharipudin berkata, PKR masih mampu bekerjasama dengan DAP kerana bukan sebuah parti Melayu.

Namun, katanya bukan hanya DAP menolak penyatuan parti-parti Melayu, malah MCA tidak menyokong kerjasama antara Barisan Nasional (BN), terutama UMNO dan PAS bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

Beliau berpandangan bahawa mana-mana parti yang mengambil pendekatan bekerjasama dengan DAP berkemungkinan berdepan penolakan orang Melayu pada masa hadapan.

Sementara itu, katanya perkembangan penyatuan parti-parti Melayu ketika ini wajar disyukuri walaupun masih belum mencapai tahap yang diharapkan kerana masih terdapat beberapa parti Melayu yang berada di luar usaha itu.

“Alhamdulillah penyatuan Melayu tercapai walaupun belum 100 peratus kerana masih ada parti-parti Melayu berada di luar penyatuan tersebut walaupun mereka berminat untuk menyertainya tetapi tidak dilayan,” katanya.

Sharipudin turut mengingatkan bahawa penyatuan parti-parti besar sahaja tidak menjamin kemenangan dalam pilihan raya, sebaliknya kemenangan bergantung kepada kekuatan ukhuwah dan keberkatan perjuangan.

Beliau mengambil iktibar daripada Perang Hunain pada zaman Rasulullah SAW sebagai peringatan bahawa kemenangan tidak semestinya berpunca daripada kelebihan jumlah, sebaliknya turut dipengaruhi kekuatan hubungan persaudaraan dan keikhlasan perjuangan.

“Kemenangan datang bukan dari faktor angka ramai semata-mata, kemenangan juga datang dari keberkatan hubungan persaudaraan yang kukuh dengan semua pejuang atau parti-parti Melayu Islam yang lain,” katanya.


Beliau berharap usaha penyatuan parti-parti Melayu yang sedang berlangsung dapat dikekalkan dan diperluaskan sehingga melibatkan semua parti Melayu-Islam demi memperkukuhkan kedudukan politik umat Islam di negara ini.


Sumber | TV Pertiwi











........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo