BANGI, 16 MUHARRAM – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin, mempertikaikan justifikasi pelantikan bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki sebagai penasihat di Pusat Jenayah Kewangan Kebangsaan (NFCC).
Hamzah yang juga Ahli Parlimen Larut berkata, ini berikutan Azam terpalit dengan beberapa isu, termasuk skandal berkaitan korporat mafia dan pemilikan saham.
“Ini soalan yang patut dijawab oleh kerajaan. Oleh kerana saya disoal mengenai perkara ini, jadi bagi pihak media, saya bertanyakan kepada kerajaan.
“Apa justifikasi Azam dilantik sebagai penasihat NFCC yang dia sendiri sebenarnya mempunyai masalah sedang disiasat,” katanya pada sidang media di Bangunan Parlimen, hari ini.
Timbalan Ketua Pemuda MCA Kebangsaan, Mike Chong Yew Chuan, sebelum ini menggesa kerajaan memberikan penjelasan segera berhubung dakwaan bahawa Azam telah dilantik sebagai penasihat di NFCC.
Katanya, laporan mengenai pelantikan itu menimbulkan kebimbangan serius terutama ketika pelbagai pertubuhan masyarakat sivil dan orang ramai masih menuntut penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung dakwaan berkaitan mafia korporat serta kaitan yang didakwa membabitkan Azam.
Sementara itu, Hamzah menggesa kerajaan memberikan penjelasan lebih terperinci berhubung mekanisme subsidi petrol, termasuk jumlah sebenar kenderaan mengikut kategori yang layak menerima subsidi.
Menurutnya, kerajaan sebelum ini mengumumkan kelayakan subsidi sehingga 300 liter sebulan sebelum ia dikurangkan kepada 200 liter.
Bagaimanapun, katanya alasan bahawa hanya sebahagian kecil pengguna menggunakan kuota penuh tidak memadai.
“Kita mahu kerajaan berterus terang. Beritahu jumlah kenderaan yang didaftarkan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengenai berapa (jumlah) motosikal, berapa kereta, berapa lori supaya rakyat boleh faham peratusan sebenar.
“Kalau hanya sebut peratusan yang menggunakan subsidi, itu tidak memberi gambaran sebenar,” katanya.
Sumber | TV Pertiwi
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment