Khalid berkata, Zaid ‘sudah lama meninggalkan Umno’ dan bekas pemimpin Umno Kelantan itu hanya mahu mencari tempat berteduh baharu untuk terus kekal relavan dalam kancah politik tanah air, lapor Utusan Malaysia.
“Jadi dia mencari-cari tempat teduh. Good luck (selamat maju jaya),” katanya yang dipetik sebagai berkata.
Zaid memulakan kerjaya politiknya dalam Umno sebelum dipecat daripada parti itu pada 2008 selepas menghadiri satu acara anjuran pembangkang. Beliau kemudiannya menyertai PKR, Parti Kita dan DAP sebelum kembali semula ke Umno pada 2022.
Malam tadi, Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan dalam ceramah di Seremban mengumumkan Zaid antara 14 tokoh yang menyertai parti Islam itu.
Hari ini, Zaid berikrar akan berusaha mengikis imej PAS sebagai parti ekstrem anti-demokrasi yang tidak sesuai untuk Malaysia majmuk.
Zaid juga menyifatkan PAS sebagai satu-satunya parti majoriti Melayu yang mempunyai kekuatan dan tekad untuk menghapuskan ketidaksamarataan, hegemoni serta keistimewaan golongan tertentu.
Beliau turut meramalkan bahawa PAS akan mentadbir negara bersama Ahli Parlimen progresif yang sehaluan dengannya selepas PRU akan datang.
Sumber | FMT Malaysia
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment