NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Nama ‘Wawasan’ sudah diambil, parti Sarawak beritahu Hamzah



PETALING JAYA:
 Parti Sedar Rakyat Sarawak (Sedar) mendakwa mereka telah meluluskan pindaan untuk menukar nama parti kepada Parti Wawasan Rakyat, sekaligus berpotensi menimbulkan isu dengan parti baharu Hamzah Zainudin, Parti Wawasan Negara.

Presiden Affendi Jeman menggesa Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) menangani isu ini, memandangkan parti tersebut telah memohon secara rasmi untuk menukar nama pada 8 April tahun ini.

Menurutnya, pertukaran nama itu itu diluluskan secara sebulat suara oleh perwakilan kongres tahunan Sedar pada Februari, lapor Dayak Daily.


“Kami berharap JPPM akan menangani pertindihan nama ini,” katanya.

Semalam, Hamzah mengumumkan beliau menyertai sebuah parti baharu, dikenali sebagai Parti Wawasan Negara, yang akan mengadakan perhimpunan agung pertama minggu depan.

Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, beritahu FMT bahawa Hamzah mengambil alih sebuah parti, namun tidak mendedahkan nama asal.

Bersatu memecat keahlian Hamzah pada Februari susulan kemelut dengan Presiden Muhyiddin Yassin. Perkembangan itu disusuli dengan pemecatan dan penggantungan beberapa pemimpin parti dan wakil rakyat yang dikaitkan dengan Hamzah.

Sehari selepas pemecatan, bekas timbalan presiden Bersatu itu melancarkan gerakan ‘Reset’, yang mengadakan konvensyen pertama semalam.

Konvensyen itu dihadiri oleh 13 Ahli Parlimen yang pada masa ini masih bersama Bersatu.


Sumber | FMT Malaysia







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo