NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Proses penempatan semula Rohingya ke negara ketiga terhenti sejak 2021




BANGI, 30 ZULHIJJAH – Proses penempatan semula pelarian etnik Rohingya dari Malaysia ke negara ketiga dilaporkan terhenti sejak 2021 susulan beberapa kekangan semasa.

Pengerusi Yayasan Keprihatinan Komuniti Malaysia (MCCF), Datuk Seri Halim Ishak berkata, berdasarkan data rasmi yang tersedia, 2021 merupakan tahun terakhir yang direkodkan secara terbuka dalam statistik penempatan semula pelarian Rohingya ke negara ketiga.

Menurutnya, Malaysia telah menghantar 8,312 pelarian Rohingya ke 10 negara ketiga antara tahun 2003 hingga 2021, termasuk Amerika Syarikat, Australia, Kanada dan Jepun.

“Semua negara ketiga juga sudah tidak mahu menerima pelarian Rohingya kecuali Malaysia.

“Isu sosial dan sivik yang dibawa oleh masyarakat Rohingya membuatkan rakyat negara ketiga akhirnya tidak mahu menerima mereka,” katanya seperti dilapor Harian Metro hari ini.

Halim berkata, etnik Rohingya berstatus stateless (tiada warganegara) selepas kerajaan Myanmar menarik balik kerakyatan mereka.

Beliau berkata, MCCF menyokong pendekatan kemanusiaan yang selaras dengan prinsip antarabangsa, namun keselamatan, kesejahteraan dan hak rakyat Malaysia hendaklah kekal sebagai keutamaan utama negara.

“Malaysia bukan negara penempatan kekal pelarian, sebaliknya negara transit sementara sehingga proses penempatan semula ke negara ketiga dapat dilaksanakan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata MCCF yang berpengalaman menjalankan pendataan warga asing sejak 2015 bersedia membantu kerajaan sekiranya dipanggil menyertai pasukan petugas khas sekiranya kerajaan benar-benar serius menangani isu berkenaan.

Semalam, Harian Metro melaporkan kira-kira 7,000 hingga 8,000 pelarian etnik Rohingya yang berada di Malaysia sebelum ini dihantar ke negara ketiga setiap tahun, namun proses penempatan semula itu kini terhenti susulan beberapa kekangan semasa.


Sumber | TV Pertiwi













........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo