Presidennya, Zamani Ibrahim berkata penyertaan BERJASA ke dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan penuh dengan misi membawa wajah baharu politik negara.
“Kita memang bersedia betul. Kami membawa agenda di mana pengundi perlu faham apa itu agenda BERJASA. Kita akan membawa dalam kempen, tawaran yang akan kami berikan.
“Bagi saya, antara benda yang penting, ia tidak hanya mengatakan melihat nasib. Bagi saya inilah peluang untuk saya terus kepada orang Melayu dan pengundi Negeri Sembilan.
“BERJASA ada agendanya sendiri. Kita juga perlu diberi ruang untuk pengundi buktikan BERJASA antara parti yang mampu untuk bersama memimpin negara ini,” katanya.
Beliau berkata demikian menerusi wawancara khas bersama TV Pertiwi mengulas penglibatan BERJASA dalam PRN Negeri Sembilan.
Katanya, BERJASA serius bertanding dalam PRN Negeri Sembilan dan bukan sekadar meletakkan pencalonan sekadar memberi saingan kepada parti lawan.
“Bagi saya tidak ada istilah hendak cuba-cuba. Mana boleh kita hendak cuba-cuba dengan bukan sedikit nilai yang perlu kita bayar.
“Bukan sedikit jentera yang digerakkan dan kita membina jentera ini daripada dulu lagi bukan untuk cuba-cuba tetapi memang untuk masuk dan memperkenalkan diri kita.
“Ini akan membayangkan BERJASA dilihat sebagai parti yang ada agendanya. Ini penting bagi saya untuk kita memahamkan pengundi BERJASA supaya mereka nampak,” katanya.
Zamani berkata penyertaan BERJASA ke dalam PRN Negeri Sembilan penting agar ia dapat memberi pilihan kepada pengundi yang dahagakan perubahan.
Katanya, BERJASA membawa agenda baharu dan tampil kepada penyelesaian dalam isu yang selama ini membelenggu rakyat dan negara.
“Sebab saya bimbang hari ini pengundi kata sama saja. Di sana sama dan di sini juga sama. Tetapi tidak BERJASA.
“Kita menggambarkan sudah sampai masanya parti yang ada agenda ini bangun menjadi pilihan penyelesaian kepada kerisauan dan kebimbangan pengundi sedia ada,” katanya.
Sumber | TV Pertiwi
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment