NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRN: MIPP tanding empat kerusi di Johor, tiga kerusi di N. Sembilan



JOHOR BAHRU – Parti Rakyat India Malaysia (MIPP) akan bertanding empat kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan tiga kerusi dalam PRN Negeri Sembilan.

Justeru kata Setiausaha Agungnya, N Sathes Kumar, jentera pilihan raya MIPP di Johor, Negeri Sembilan dan Melaka sudah digerakkan sepenuhnya dan kini giat menjalankan pelbagai program mendekati rakyat di peringkat akar umbi.

“MIPP percaya kestabilan politik, perpaduan rakyat serta pembangunan ekonomi negara hendaklah sentiasa menjadi keutamaan semua pihak.

“Parti akan terus memainkan peranan secara konstruktif dalam memperjuangkan kepentingan masyarakat India dan rakyat Malaysia pada amnya,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu MIPP mengadakan mesyuarat di Nilai Springs Resort Hotel, Negeri Sembilan, petang semalam

Beliau berkata, MIPP akan terus melangkah ke hadapan sebagai sebuah parti yang berpandangan global melalui penubuhan Jawatankuasa MIPP Antarabangsa.

Pada masa ini katanya, rangkaian kepimpinan dan penyokong MIPP sudah bertapak di lebih daripada 60 bandar di 20 negara seluruh dunia.

Perkembangan itu katanya, sekali gus membuktikan penerimaan dan sokongan yang semakin berkembang terhadap perjuangan parti di peringkat antarabangsa.

“Jawatankuasa ini akan menyelaras penglibatan diaspora Malaysia serta memperkukuhkan jaringan strategik MIPP di peringkat global,” katanya.

Tambahnya, MIPP akan terus memperkukuhkan organisasi parti di seluruh negara dan memberi fokus kepada usaha memperkasakan penyertaan golongan muda dalam proses politik serta pembangunan negara.

Jumaat lalu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan, bagi PRN Johor, penamaan calon akan diadakan pada 27 Jun ini, pengundian awal pada 7 Julai manakala proses buang undi pada 11 Julai ini.

Sementara PRU Negeri Sembilan pula hari penamaan calon ditetapkan pada 18 Julai 2026, pengundian awal pada 28 Julai manakala hari mengundi pada 1 Ogos ini.

Tempoh berkempen bagi PRU Johor berlangsung selama 14 hari bermula 27 Jun sehingga 10 Julai 2026, manakala bagi Negeri Sembilan bermula 18 Julai sehingga 31 Julai 2026.- MalaysiaGazette












........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo