NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Macam mana saya nak jadi MB, bertanding pun tidak – Ahmad Maslan



ISKANDAR PUTERI – Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan menafikan dakwaan beliau dinamakan sebagai bakal Menteri Besar Johor yang baharu jika memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

“Macam mana nak jadi Menteri Besar, bertanding pun tidak (kerusi DUN),” katanya.

Pada masa sama, Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian itu sudah memaklumkan hasrat kepada pucuk pimpinan BN bahawa beliau tidak akan bertanding bagi PRN Johor.

“Saya ingin umumkan bahawa saya tidak akan bertanding di PRN Johor terutamanya di kawasan Parlimen Pontian iaitu Dewan Undangan Negeri (DUN) Benut dan Pulai Sebatang.

“Biarlah orang lain bertanding, saya akan membantu sebagai Timbalan Pengerusi BN Negeri, kalau di negeri lain mungkin Timbalan Pengerusi BN Negeri akan bertanding tetapi di Johor, saya tidak,” katanya pada sidang media selepas mengadakan Lawatan Rasmi Timbalan Menteri Kerja Raya ke Pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Johor di sini hari ini.

Mengulas mengenai Parti Wawasan Negara (Wawasan) yang mengumumkan akan bertanding pada PRN Johor dan Negeri Sembilan akan datang, Ahmad mengalu-alukannya.

Menurutnya, hasrat parti kecil atau baharu untuk bertanding dalam PRN Johor akan memeriahkan proses demokrasi.

Menurut beliau, dalam semangat demokrasi, mana-mana parti yang ingin bertanding dalam pilihan raya dan tidak boleh dihalang.

Bagaimanapun, katanya, falsafah BN sendiri apabila bertanding, perlu menang dan BN juga diingatkan supaya jangan bertanding untuk kalah.

“Semua orang nak bertanding untuk menang. Baru-baru ini, dalam hantaran saya (di media sosial), saya ada sebut bahawa kita perlu kuatkan jentera dan di mana pun kita bertanding, falsafahnya adalah bertanding untuk menang.

“Sama ada pertandingan persahabatan atau tidak bersahabat, falsafah BN perlu bertanding untuk menang, jadi selamat bertanding kepada semua parti kecil atau besar dalam PRN Johor.

“Parti-parti baharu yang umumkan untuk bertanding (PRN Johor), mereka memeriahkan proses demokrasi di PRN Johor,” katanya.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sebelum ini dilaporkan berkata, Wawasan akan menggunakan logo PN pada PRN terbabit. – MalaysiaGazette










........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

( Hide )
  1. Perbincangan dalam talian, catatan blog, Facebook dan komen awam tentang DATUK YIP KUM FOOK—seorang peguam, bekas ahli politik MCA Gombak, dan presiden Persatuan Buddha Samnak Sambodhi di Taman Desa Jaya, Kepong—sering memaparkan kritikan keras.

    Catatan dan komen yang diedarkan termasuk dakwaan dan kebimbangan berikut:

    Pertikaian Kuil: Komen tanpa nama menuduh Yip menyalahgunakan kuasanya di Persatuan Buddha Samnak Sambodhi di Kepong, mendakwa bahawa dia mengganggu urusan kuil, memaksa sami dan pengasas keluar, dan menggunakan polis atau samseng untuk mengganggu ahli kuil.

    Salah Laku Kewangan dan Peribadi: Beberapa catatan dan komen dalam talian mendakwa bahawa dia menipu orang ramai dan sami Buddha untuk mendapatkan wang, menipu wanita dan melakukan pelbagai pelanggaran kewangan atau peribadi dalam komuniti tempatan.

    Respons Komuniti: Pengguna yang membincangkan isu-isu ini telah meluahkan rasa malu mereka dan menyatakan bahawa mereka akan membawa perkara itu kepada perhatian Sultan Selangor.

    Dari Ng Siong Hong(Ah Chong)

    ReplyDelete

© all rights reserved
made with by templateszoo