NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kalau berani pecatlah saya – Wong Chen



KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Subang, Wong Chen sekali lagi mencabar Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya memecatnya daripada parti itu sekiranya kepimpinannya benar-benar berhasrat mengambil tindakan terhadap beliau.

Dalam ucapan yang dimuat naik menerusi Facebook, Wong Chen menegaskan beliau tidak akan meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Subang dan sebaliknya menggesa PKR mengambil tindakan disiplin secara terus.

“Tak perlu tunggu saya letak jawatan sebagai Ahli Parlimen, pecat saya sahaja,” katanya pagi ini.

Beliau turut mendakwa terdapat pihak yang mahu beliau mengosongkan kerusinya, namun menyifatkan tindakan sedemikian tidak akan berlaku.

Menurut Wong Chen, sekiranya dipecat daripada PKR, beliau masih boleh terus berkhidmat sebagai Ahli Parlimen untuk rakyat Subang.

“Kalau berani, tak payah suruh saya meletak jawatan. Kalau berani, pecat saya. Pecat saya, saya boleh terus sebagai Ahli Parlimen untuk rakyat Subang,” ujarnya.

Dalam ucapannya, Wong Chen turut menyelitkan kenyataan mengenai keberaniannya yang dikaitkan dengan latar belakang membesar dari Kelantan, sambil menegaskan beliau tidak gentar berdepan sebarang tindakan disiplin parti.

Kenyataan terbaharu itu dilihat menghangatkan lagi ketegangan antara Wong Chen dan kepimpinan PKR selepas beliau sebelum ini beberapa kali mengeluarkan kenyataan terbuka yang mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan ahli parti serta pemerhati politik. – MalaysiaGazette









........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo