NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRN Johor, N. Sembilan: UMNO muktamadkan senarai calon minggu depan



KUALA LUMPUR – Pembahagian kerusi dan senarai calon UMNO bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan dijangka dimuktamadkan minggu depan bagi membolehkan gerak kerja kempen disusun lebih awal.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, keputusan itu penting bagi memastikan parti tidak terlewat membuat persiapan menghadapi pilihan raya berkenaan.


Menurutnya, UMNO dan Barisan Nasional (BN) telah membuat ketetapan jelas dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) yang lalu mengenai pendekatan yang akan diambil sepanjang kempen.

“Kita sedang dalam perundingan, Insya-Allah minggu depan kita muktamad semuanya (kerusi dan senarai calon PRN Johor dan Negeri Sembilan),” katanya kepada media selepas menghadiri perasmian Tribunal Bagi Antibuli.

Sebelum ini, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata proses rundingan mengenai pembahagian kerusi melibatkan parti-parti komponen juga kini berada pada peringkat akhir dan hampir diselesaikan.


Dalam pada itu, Asyraf Wajdi berkata, fokus utama parti adalah untuk mengetengahkan dasar serta tawaran yang mampu memberi manfaat kepada rakyat, bukannya menyerang mana-mana pihak secara peribadi.


“Bagi parti UMNO dan Barisan Nasional, kita telah pun buat satu ketetapan yang jelas dalam mesyuarat MKT yang lepas.

“Kita tidak fokus kepada hentam lawan peribadi, kita menyatakan apa dasar yang kita nak tawarkan kepada rakyat dan yang paling penting sekali tawaran-tawaran ini yang boleh memberikan manfaat kepada rakyat, itu yang akan menjadi fokus kempen kita,” katanya.

Asyraf berkata, Presiden UMNO turut mengingatkan seluruh jentera parti agar tidak menyentuh soal peribadi atau membuka aib mana-mana pihak sepanjang tempoh berkempen.

Katanya, pendekatan berkenaan sejajar dengan hasrat parti untuk menawarkan politik yang lebih matang dan berteraskan kebajikan rakyat menjelang PRN di kedua-dua negeri tersebut.


Sebelum ini, BN Johor mengumumkan akan bertanding di kesemua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRN akan datang. 

Pada PRN Johor 2022, UMNO-Barisan Nasional menang 40 daripada 56 kerusi, Pakatan Harapan (12), Perikatan Nasional (tiga) dan MUDA (satu). – MalaysiaGazette










........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo