BANGI, 14 MUHARRAM – Datuk Onn Hafiz Ghazi, menasihat Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, supaya mengikuti jejak langkah beberapa pemimpin UMNO sebelum ini yang digugurkan daripada bertanding, tetapi tidak merajuk dan mengata.
Menurut Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, mereka termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit sebelum Mohd Puad, iaitu Datuk Ayub Jamil.
“Ayub dulu pun tak dicalonkan, tetapi beliau tak merajuk dan tidak mengata, kerana perjuangan ini bukan mengenai individu, sebaliknya lebih kepada rakyat juga masyarakat.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai serangan peribadi dilakukan Mohd Puad terhadapnya di Majlis Penyampaian Amanat Kepada Jentera BN Bahagian Batu Pahat, di Rengit.
Onn Hafiz berkata, beliau mempersilakan jika Mohd Puad hendak menyerangnya, tetapi yang penting, pengundi tidak terikut-ikut dengan caranya.
Namun, katanya berdasarkan perkongsian Setiausaha Agung UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki, rupa-rupanya calon yang beliau hendak ketengahkan ialah anaknya sendiri.
“Maka pelbagai serangan dibuat termasuk ke atas diri saya dan lebih dahsyat lagi, dia boleh kaitkan dengan istana,” katanya.
Dalam hantaran di Facebook, hari ini, Mohd Puad mendakwa Onn Hafiz sebagai Menteri Besar lebih banyak ‘turun padang’ di kawasan bandar yang diwakili bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP, Marina Ibrahim, berbanding menyelesaikan masalah yang dihadapi penduduk di DUN Rengit.
Beliau yang juga bekas Speaker DUN Johor tidak menafikan Onn Hafiz seorang pemimpin yang rajin turun padang dan memberi layanan sama rata dari segi peruntukan kepada wakil rakyat.
Bagaimanapun, katanya Menteri Besar Johor itu perlu memberi keutamaan kepada kawasan yang berdepan masalah kritikal dan memerlukan campur tangan segera.
“Contohnya dalam kes kawasan DUN Rengit. Ada dua isu besar yang tidak selesai hingga ke hari ini. Pertama isu air. Kedua, isu benteng (ban) Kampung Berong Laut yang pecah banyak kali.
“Beberapa kali saya minta Onn Hafiz turun dan datang sendiri ke Rengit sebagai “push factor” kepada agensi kerajaan supaya menyegerakan penyelesaian,” katanya.
Sumber | TV Pertiwi
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment