NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

MUDA kecewa mahkamah tangguh keputusan kes rayuan, terus sokong Syed Saddiq




BANGI, 14 MUHARRAM – Presiden Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Amira Aisya Abd Aziz, melahirkan perasaan kecewa yang mendalam berikutan penangguhan keputusan rayuan kes membabitkan pengasas parti itu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, hari ini.

Menurutnya, penantian terhadap keputusan itu turut dirasai oleh ahli keluarga dan rakan-rakan Syed Saddiq yang telah mengharungi cabaran undang-undang itu sejak lebih enam tahun lalu.

“Secara jujurnya saya memang sangat kecewa kerana perkara ini bukan sesuatu yang baru sahaja kita tunggu. 

“Beliau (Syed Saddiq), keluarganya dan rakan-rakan telah melalui cabaran ini selama lebih enam tahun dan beliau sendiri telah menunggu lebih enam bulan untuk keputusan ini keluar,” katanya di luar Mahkamah Persekutuan Putrajaya, hari ini.

Mahkamah Persekutuan menangguhkan keputusan rayuan akhir pedakwaan terhadap Syed Saddiq untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan serta denda RM10 juta kepada 13 Julai ini.

Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Seri Abu Bakar Jais memaklumkan, prosiding pada hari ini tidak dapat diteruskan selepas anggota panel mahkamah itu, Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali, tidak dapat hadir kerana sedang menjalani cuti sakit selama dua hari, iaitu hari ini dan Rabu.

Amira Aisya berharap keputusan yang akan dijadualkan semula pada 13 Julai ini berpihak kepada Ahli Parlimen Muar itu.

Menurutnya, MUDA akan terus memberikan sokongan dan kepercayaan penuh kepada Syed Saddiq dalam menghadapi proses tersebut.

“MUDA kekal percaya kepadanya dan kami yakin bahawa keadilan akhirnya akan memihak kepada Syed Saddiq,” katanya lagi.


Sumber | TV Pertiwi 








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo