NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Calon MUDA kerusi DUN Puteri Wangsa sedia bertanding 4 penjuru



JOHOR BAHRU – Rashifa Aljunied hari ini diumumkan sebagai calon Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) yang akan bertanding di salah satu kerusi panas dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Ahli Jawatankuasa Eksekutif MUDA Pusat berusia 26 tahun itu bakal merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa yang sebelum ini disandang Presiden MUDA, Amira Aisya Abdul Aziz.

Rashifa mengakui kerusi tersebut amat mencabar dan menyedari akan berlaku pertandingan beberapa penjuru.

“Saya pun faham Puteri Wangsa ini mungkin hot seatbagi parti politik yang lain. Tapi untuk saya, strategi saya adalah untuk mencerminkan apa yang saya sudah dengar, apa yang saya sudah nampak di Puteri Wangsa selama empat tahun di sini.

“Saya tak nak bercakap tentang parti ini buat apa, parti itu buat apa. Saya bersedia. Sekali lagi, saya nak ulang. Saya tidak seberapa endahkan berapa penjuru atau parti politik yang lain,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Pengumuman Calon MUDA di Taman Daya di sini hari ini.

Beliau mahu berkhidmat untuk 270,000 penduduk sekiranya menang dan mewakili suara mereka dalam memperjuangkan masalah dan kesusahan rakyat.

Menurutnya, antara cabaran di Puteri Wangsa adalah isu banjir yang kerap berlaku walaupun bukan dalam keadaan air pasang terutama projek tebatan Sungai Tebrau.

Sementara itu, Amira Aisya berkata, Rashifa mempunyai trak rekod yang sangat baik sebagai Pegawai Pusat Khidmat Puteri Wangsa yang pertama selepas MUDA menang dan juga sebagai Ketua Pegawai Pusat Khidmat Puteri Wangsa.

“Saudari Rashifa juga baru-baru ini memenangi jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat dalam pilihan raya pemilihan MUDA dan juga merupakan pengarah program untuk program Teroka,” katanya.- MalaysiaGazette








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo