NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ramai akar umbi PKR Pandan tolak Tengku Zafrul – Khoon Mun



KUALA LUMPUR – Nampaknya bukan semua ahli PKR bersetuju Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mahu jadi calon PKR Parlimen Pandan dalam pilihan raya umum akan datang.

Bantahan itu dilihat melalui laman grup utama WhastApp akar umbi di Keluarga Keadilan Pandan.

Setiausaha Pengelola Keadilan Cabang Pandan, Kok Khoon Mun berkata, penolakan akar umbi terhadap Tengku Zafrul mencerminkan sentimen rakyat bawahan yang telah lama tertahan.

“Apa yang berlaku dalam grup Keluarga Keadilan Pandan bukan sekadar tanda tangan dalam talian. Ia adalah suara hati rakyat Pandan yang menyaksikan sendiri bagaimana kawasan mereka secara terang terangan cuba diambil alih oleh seorang individu yang baru sahaja melompat parti tanpa sebarang akar umbi di sini tanpa rekod khidmat di sini.

“Sokongan yang kukuh terhadap YB Rafizi Ramli yang selama dua penggal berkhidmat sepenuh jiwa untuk Pandan masih hidup dan menyala,” katanya.

Beliau turut menegaskan, PKR seharusnya tidak menerima apatah lagi memberi ganjaran kepada mereka yang melompat masuk parti tanpa mendengar suara akar umbi.

“Keadilan adalah tentang prinsip, bukan kedudukan. Bila parti mula meraikan mereka yang datang dengan jawatan sahaja tanpa melalui lorong perjuangan yang sama dengan kita ,akar umbi tidak boleh berdiam diri,” tambah Kok Khoon Mun.

Pengarah Komunikasi Cabang Keadilan Pandan, Azila Yeob juga sependapat dengan Khoon Mun.

“Apa yang Saudara Khoon Mun nyatakan adalah benar dan buktinya ada di hadapan kita. Ramai dalam kalangan akar umbi telah pun menyertai pasukan Bersama Pandan dan ada yang secara terbuka mengisytiharkan sokongan mereka dalam grup Keluarga Keadilan sendiri,” katanya.

Dalam satu kenyataan, akikat penolakan itu bukan sahaja tergambar dalam laungan di media social malah ia telah diterjemahkan kepada tindakan nyata yang menggegarkan struktur PKR Pandan dari akar ke dahan.

Bekas Timbalan Ketua AMK Cabang Pandan, Muhammad Haqimi Zamri, bersama lebih 20 anggota kepimpinan AMK Pandan telah menyerahkan surat peletakan jawatan dengan 14 daripada mereka kemudiannya secara rasmi keluar daripada PKR untuk menyertai Parti Bersama Malaysia.

Menurut Haqimi, AMK Pandan seharusnya dianggap terbubar secara automatik apabila lebih dua pertiga Ahli Jawatankuasa meletakkan jawatan selaras dengan Fasal 15.11 Peraturan Tetap AMK dan Fasal 37.12 Perlembagaan PKR.

Bukan itu sahaja. Timbalan Ketua Wanita Cabang Pandan,  Asfalila Ahmad turut meletak jawatan bersama sebahagian Wanita Keadilan Pandan pada 5 Jun 2026 dengan menegaskan bahawa mereka akan terus berkhidmat untuk komuniti di Pandan bukan lagi di bawah panji-panji PKR tetapi bersama pasukan Bersama Pandan pimpinan Rafizi.

Khoon Mun turut mengesahkan bahawa Ranting PKR Pandan juga telah berpecah menyusuli keputusan majoriti pemimpin ranting yang menyokong dan membawa suara akar umbi kepada parti Bersama. – MalaysiaGazette








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo