SHAH ALAM - Nama bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik sekali lagi menjadi sebutan dalam kalangan warga maya sebagai calon Menteri Besar Johor pilihan daripada Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Johor (PRN) Johor tidak lama lagi.
Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu diletakkan bersama calon PH yang lain daripada Parti Amanah Negara (Amanah) iaitu Pengerusi Amanah Johor, Aminolhuda Hassan dan Naib Pengerusinya, Suhaizan Kayat dalam satu tinjauan 'poll' Sinar Harian.
Berdasarkan dapatan setakat jam 6 petang Ahad, bekas Ahli Parlimen Simpang Renggam itu mendahului Aminolhuda dan Suhaizan di platform Youtube.
Sebanyak 77 peratus dari 610 responden menginginkan Maszlee sebagai calon Menteri Besar Johor manakala 12 peratus memilih Suhaizan dan 11 peratus menyokong Aminolhuda.
Di platform X mencatatkan keputusan juga memihak kepada Maszlee dengan 82 peratus sokongan, diikuti Suhaizan (11 peratus) dan Aminolhuda (tujuh peratus) menurut keputusan undian 256 responden.
Menerusi tinjauan di Facebook, Maszlee masih mendahului carta dengan merekodkan 13 undian bersamaan 81 peratus, tiga undian responden memilih Suhaizan dan hanya satu undi buat Aminolhuda.
Laman Instagram pula memperlihatkan situasi sama apabila 87 peratus dari 350 responden mahukan Maszlee, diikuti Suhaizan (lapan peratus) dan Aminolhuda (lima peratus).
Bagaimanapun, tinjauan di ruangan komen Instagram agak mengejutkan apabila rata-rata 239 pengguna akaun tersebut tidak memilih ketiga-tiga nama yang disebutkan sebagai calon Menteri Besar Johor pilihan daripada PH.
Sebaliknya, masing-masing menginginkan Datuk Onn Hafiz Ghazi untuk mempertahankan jawatannya dan terus menerajui Kerajaan Negeri Johor.
Sumber | Sinar Harian
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment