NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Fokus menang PRN Johor dahulu, soal calon MB dibincang kemudian - Anthony Loke



JOHOR BAHRU - Pemilihan calon Menteri Besar Johor daripada PH hanya akan ditentukan oleh majlis tertinggi gabungan itu selepas keputusan PRN Johor diketahui.

Timbalan Pengerusi PH, Anthony Loke Siew Fook berkata, fokus utama ketika ini adalah untuk memenangkan calon-calon gabungan berkenaan terlebih dahulu.

"Jadi soal Menteri Besar Johor akan dibincangkan di peringkat tertinggi PH, jadi setakat ini belum ada apa-apa pengumuman lagi," ujarnya yang juga Setiausaha Agung DAP.

Beliau berkata demikan dalam sidang akhbar selepas Majlis Pengumuan Calon N.42 Johor Jaya dan N.40 Tiram di Pusat Komuniti Harapan, Plentong di sini pada Sabtu.

Dalam majlis itu Nor Zulaila Abd Ghani, 38, dan Lee Wern Yiing, 30, diumumkan sebagai calon PH bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Jaya dan Tiram.

Turut hadir Pengerusi DAP Johor, Teo Nie Ching dan Timbalannya, Wong Shu Qi.

Terdahulu beliau ditanya siapa poster boy dan calon Menteri Besar Johor daripada PH sekiranya menang PRN Johor.

Anthony berkata, bagi DAP setiap kawasan yang mereka tandingi akan ada poster boy atau poster girl berdasarkan calon-calon parti tersebut yang bertanding.

Katanya, sasaran DAP adalah untuk menang dan mempertahankan kerusi dimenangi sebelum ini termasuk Ulu Tiram yang merupakan kawasan baharu parti itu.


Sumber | Sinar Harian







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo