NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Afnan teruja, harap Muhyiddin tidak janggal duduk bersebelahan




BANGI, 4 Muharram — Afnan Hamimi Taib Azamudden mengalu-alukan Presiden BERSATU yang kini tempat duduknya dipindahkan bersebelahan dengan kerusinya di Dewan Rakyat.

Ahli Parlimen Alor Setar itu berkata PAS hanya memutuskan pertalian politiknya dengan BERSATU namun hubungan manusiawi kekal terjalin.  

“Ditanya apa perasaan bila susunan kerusi Dewan Rakyat berubah. Kali ini disusun duduk bersebelahan Ahli Parlimen Pagoh. Tiada masalah. Kami bukan bermusuh. 

“Cuma berbeza pandangan politik sahaja. Dalam Dewan Rakyat, kita akan bertemu dan duduk dengan semua pihak, kawan atau lawan. Itu biasa.

“PAS dan BERSATU hanya putus hubungan politik. Hubungan manusiawi tetap kekal,” katanya menerusi coretan di laman Facebook miliknya hari ini.

Mesyuarat Kedua Penggal Kelima yang akan bermula Isnin ini menyaksikan tempat duduk Tan Sri Muhyiddin Yassin dipindahkan bersebelahan Afnan Hamimi.

Muhyiddin sebelum ini duduk di sebelah kerusi Ketua Pembangkang selaku Pengerusi Perikatan Nasional namun kini digantikan Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar. 

Afnan Hamimi berkata duduk bersebelahan Muhyiddin tidak menjadi isu kerana banyak yang dapat dipelajari daripada wakil rakyat berpengalaman. 

Katanya, selain Muhyiddin, duduk di sebelahnya Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim yang turut berpengalaman luas dalam politik.

“Sebagai orang muda, hormat kepada mereka yang lebih berusia tetap perlu ada. Berbeza macam mana pun dalam politik, hormat perlu ada. Lebih-lebih lagi kepada yang senior.

“Kedua-dua mereka Pagoh dan Arau adalah senior dalam dunia politik. Orang lama. Puluhan tahun mereka bersilat dalam gelanggang politik dan Dewan Rakyat.

“Rezeki saya dapat berjiran dengan senior,” katanya. 


Sumber | TV Pertiwi








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo