NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Akmal cabar Anwar gugur semua Ahli Parlimen UMNO jika BN dianggap tiada peranan dalam Kerajaan Perpaduan



KUALA LUMPUR – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhammad Akmal Saleh mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menggugurkan semua ahli Parlimen UMNO daripada Kerajaan Perpaduan sekiranya Barisan Nasional (BN) dianggap tidak mempunyai peranan dalam pembentukan kerajaan tersebut.

Menurut beliau, kenyataan yang mempertikaikan peranan BN dalam pembentukan Kerajaan Perpaduan adalah tidak berasas kerana parti itu memainkan peranan penting ketika usaha menubuhkan kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Akmal berkata, pihak tertentu termasuk Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Kamil Munim, seolah-olah melupakan atau sengaja menafikan fakta bahawa kepimpinan Pakatan Harapan (PH) pernah bertemu pimpinan UMNO di Seri Pacific bagi mendapatkan sokongan untuk membentuk kerajaan.

“Apabila Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan mengenai peranan BN dalam pembentukan Kerajaan Perpaduan, beliau pula dituduh bersikap angkuh.

“Bahagian mana yang angkuh? Boleh jelaskan?” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Menurut Akmal, selepas PRU15, UMNO pada asalnya sudah bersedia untuk memainkan peranan sebagai pembangkang, namun keadaan ketika itu menyaksikan PH gagal memperoleh sokongan mencukupi untuk membentuk kerajaan secara bersendirian.

“Fakta yang mungkin kamu terlupa atau buat-buat lupa adalah selepas PRU15 UMNO sudah bersedia menjadi pembangkang, tetapi kamu yang gagal menubuhkan kerajaan dan meminta bantuan BN untuk membentuk kerajaan.

“Itu fakta,” tegasnya.

Beliau turut menyindir beberapa janji pilihan raya yang menurutnya masih belum ditunaikan, termasuk berkaitan penghapusan tol dan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Sehubungan itu, Akmal menegaskan bahawa, sekiranya kepimpinan PH benar-benar beranggapan BN tidak memainkan sebarang peranan dalam Kerajaan Perpaduan, maka beliau mencabar Perdana Menteri untuk menggugurkan semua wakil UMNO daripada kerajaan ketika ini.

“Jika kamu dan kepimpinan kamu merasakan bahawa peranan BN tiada dalam Kerajaan Perpaduan ini, maka saya cabar PMX untuk buang semua ahli Parlimen UMNO dalam kerajaan ini sekarang. Boleh?” katanya.

Terdahulu, media melaporkan Kamil dipetik berkata, Datuk Ahmad Zahid yang merupakan Pengerusi Barisan Nasional (BN) jangan berlagak dan ‘overclaim’ dengan mengatakan kerajaan perpaduan tidak akan wujud tanpa parti itu.

Kamil berkata, kerajaan pada hari ini wujud bukan hanya kerana satu kumpulan sahaja.

Beliau berkata demikian merujuk kepada kenyataan Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO bahawa kerajaan perpaduan takkan dapat dibentuk tanpa sokongan 30 Ahli Parlimen daripada gabungan itu. – MalaysiaGazette










........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo