NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Projek 'kamikaze' cari platform politik baharu sejak setahun lalu - Rafizi



PETALING JAYA - Bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Rafizi Ramli mendedahkan projek 'kamikaze' untuk mencari platform politik baharu sudah bermula sejak setahun lalu.

Ahli Parlimen Pandan itu berkata, langkah tersebut diambil selepas beliau dan Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad berpandangan, penubuhan parti baharu sukar diluluskan selain parti-parti sedia ada pula mempunyai percaturan masing-masing.

"Atas kesedaran itu, saya dan rakan-rakan yang lain bersetuju untuk membuat kamikaze sekali lagi. Kami daftarkan beberapa parti baharu sebagai 'decoy' supaya yang berkuasa di Putrajaya gelakkan kami kerana mereka ingat langkah ini tidak akan ke mana.

"Pada masa yang sama, kami teliti parti-parti kecil yang sedia ada dan mula berbincang jika ada kesepadanan niat dan idea.

"Alhamdulillah, saya berterima kasih kepada Mr Tan (Gin Theam), salah seorang pengasas dan mantan presiden Parti Bersama Malaysia (Bersama) yang menyokong hasrat kami," katanya ketika berucap pada Majlis Pengumuman Hala Tuju Politik Baharu di sini, pada Ahad.

Bekas Menteri Ekonomi itu menjelaskan, hasratnya menerajui Bersama adalah untuk menawarkan satu platform politik kepada rakyat yang yakin bahawa kuasa politik adalah milik rakyat dan bukannya ahli politik.

Malah ujarnya, Bersama juga ditubuhkan oleh rakyat biasa yang tidak begitu dikenali di pentas politik nasional.

"Maka sesuailah platform kami selepas ini, Bersama ialah sebuah parti yang ditubuhkan oleh rakyat biasa.

"Kita juga mahu menghidupkan budaya politik muhibah yang menghargai setiap rakyat Malaysia dan mahu membina masa depan generasi baru secara bersama.

"Kami sangat gembira kerana tidak perlu menukar nama parti yang telah wujud sejak tahun 2016," jelasnya.


Sumber | Sinar Harian 









........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo