NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Potong bajet KKDW dan KPM tamparan buat rakyat



BANGI, 15 ZULKAEDAH – Pengerusi Lajnah Ekonomi & Keusahawanan PAS, Dr Haim Hilman Abdullah menyifatkan pemotongan bajet Kementerian Desa dan Wilayah sebanyak RM571 juta dan Kementerian Pendidikan Malaysia sebanyak RM466 juta merupakan satu tamparan kepada jutaan rakyat marhaen.

Menerusi hantaran di Facebook, beliau berkata keputusan ini mencerminkan kegagalan kerajaan mengurus negara mengikut keutamaan dan jelas dalam hal ini rakyat menjadi korban.

“Di saat rakyat bergelut dengan kos sara hidup yang semakin menghimpit, kerajaan membuat satu keputusan yang bukan sahaja mengecewakan, malah menghina keperitan hidup rakyat marhaen.

“Gabungan dua pemotongan ini mencipta kesan berantai yang sangat parah. Anak miskin di kampung-kampung akan terus belajar di sekolah daif. Ketidakadilan ini akan membunuh masa depan mereka,” katanya.

Dalam masa sama, Haim Hilman turut mempersoal keutamaan kerajaan ketika ini dan perkara itu berhak disuarakan oleh rakyat.

“Mengapa bajet sektor kritikal seperti pendidikan dan pembangunan desa dipotong? Ke mana sebenarnya wang negara dibelanjakan? Adakah pembaziran, ketirisan dan projek tidak penting masih diteruskan.

“Dalam keadaan rakyat disuruh berjimat, pemimpin kerajaan sepatutnya menjadi contoh. Namun apa yang berlaku adalah sebaliknya di mana pemimpin kerajaan dilihat masih bermewah-mewah,” katanya.

Haim Hilman turut mendesak supaya pendedahan terperinci dilakukan terhadap perbelanjaan kerajaan.

“Audit perbelanjaan kerajaan. Kenalpasti pembaziran dalam projek mega yang tidak kritikal dan ketirisan yang mungkin berlaku. Potong pembaziran, bukan potong masa depan rakyat.

“Rakyat wajar bangkit. Jangan biarkan masa depan kita ditentukan oleh pemerintah berfikiran kapitalis. Apabila bajet pendidikan dipotong, kita tidak sekadar kehilangan wang tetapi kehilangan generasi.

“Rakyat di luar bandar dan rakyat biasa tidak pernah minta kemewahan. Apa yang rakyat mahukan hanyalah keadilan dan ruang untuk hidup bermaruah,” katanya.

Terdahulu media melaporkan Kementerian Kewangan mencadangkan pemotongan perbelanjaan operasi sebanyak RM5.4 bilion untuk Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pengajian Tinggi sebagai sebahagian daripada langkah penjimatan dana kerajaan susulan kesan konflik geopolitik Asia Barat.

Arahan itu juga menyebut Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah boleh menjimatkan sekitar RM571 juta, Kementerian Pendidikan pada RM466 juta dan Kementerian Digital sebanyak RM508 juta.


Sumber | TV Pertiwi 





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo