BANGI, 15 ZULKAEDAH – Datuk Zainul Rijal Abu Bakar mempersoal tindakan pembesar negeri dan penerima anugerah dan gelaran negeri Selangor yang menghilangkan diri ketika institusi kesultanan negeri itu dihina.
Beliau berkata, ketika ini hanya rakyat biasa sahaja yang bersuara dan ada juga yang bukan rakyat negeri Selangor.
“Isu penghinaan terhadap Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor. Saya sangat tidak selesa terhadap penghinaan yang dihamburkan terhadap DYMM Sultan Selangor.
“Kalau setakat berbeza pandangan saya masih boleh terima, saya pun kadang-kadang berbeza pandangan seperti isu Oktober Fest, tapi penghinaan institusi diraja tidak boleh diterima.
“Namun saya musykil kenapa ramai (bukan semua) pembesar negeri, penerima anugerah dan gelaran Selangor acuh tak acuh isu ini. Seharusnya merekalah yang lantang bersuara. Di mana kamu menghilang diri,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beberapa hari lalu, sekali lagi tular hantaran jelik menghina Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengaitkan baginda dengan pesta air yang menjadi perdebatan dalam kalangan netizen.
Hantaran itu adalah kali kedua dalam tempoh dua minggu selepas insiden pertama membabitkan suntingan gambar menghina Sultan Selangor, yang dikaitkan dengan isu penternakan babi di negeri itu.
Sumber | TV Pertiwi
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment