BANGI, 15 ZULKAEDAH – Pengerusi Gabungan Nasionalis, Aminuddin Yahaya menyelar kenyataan sesetengah ahli DAP yang berhujah tanpa berfikir dan hanya mencerminkan kedangkalan.
Menerusi hantaran di Facebook, Aminuddin turut mengingatkan supaya mereka lebih berhati-hati dalam bermuamalah dengan golongan itu.
“Ada yang mendakwa mereka masuk DAP atas alasan parti itu lebih telus dan beretika.
“Tapi mereka lupa sejinak-jinak buaya, ia tetap buaya. Buaya tidak akan lupa bahawa daging itu adalah makanan bukan mainan. Bila tiba masanya mereka akan membaham tuannya.
“Begitu juga bak kata orang, air yang bersih bila dialirkan ke dalam longkang, ia akan tetap kotor dan menjijikkan kerana longkang tetap longkang.
“Mungkin namanya menarik, wajahnya kelihatan mulia tetapi bila berada di dalam kumpulan yangg rosak, maka ia tetap rosak kerana mereka bukan bergerak secara individu tetapi sistem,” katanya pada Ahad.
Beliau dipercayai berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Omar Ali mengenai Program Rain Rave Water Music Festival 2026 yang menjadi perdebatan hangat dalam kalangan rakyat negara ini.
Menurut Aminuddin, sistem itu berada dalam fikiran dan amalan mereka. Tidak mungkin mana-mana individu mampu untuk mengubahnya kerana sistem itu sudah berakar umbi di dalam sanubari pengikutnya.
“Kalau dulu-dulu masa zaman komunis, mana-mana pihak yang membantu mereka akan dianggap pembelot bangsa.
“Jadi berhati-hatilah dalam bermuamalah dengan mereka. Kamu boleh berhujah tetapi ia hanya mencerminkan kedangkalan fikiran bukan pencerahan kekusutan,” katanya.
Sheikh Omar Ali dalam kenyataannya berkata Program Rain Rave Water Music Festival 2026 mampu menarik pelancong antarabangsa, merangsang sektor perhotelan dan perkhidmatan, serta mewujudkan peluang ekonomi kepada rakyat tempatan.
Kenyataannya itu mengundang kemarahan netizen terutama yang beragama Islam yang merasakan beliau tidak peka dengan sensitiviti umat Islam.
Sebelum ini, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) membantah penganjuran Program Rain Rave Water Music Festival 2026 di Bukit Bintang yang dilihat berpotensi membawa kepada kemudaratan akhlak.
Sumber | TV Pertiwi
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment