NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Lagi hantaran hina Sultan: Exco Selangor gesa tindakan tegas pihak berkuasa



BANGI, 15 ZULKAEDAH – Exco Hal Ehwal Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi Selangor Dr Mohammad Fahmi Ngah menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bertindak tegas terhadap individu yang menyebarkan kandungan menghina Institusi Kesultanan Selangor yang kembali tular di media sosial sejak beberapa hari lalu.

Menerusi kenyataan di Facebook, Fahmi berkata pihaknya memandang serius dan tidak berkompromi terhadap sebarang bentuk penghinaan tersebut yang disifatkan sebagai tindakan biadab dan melampaui batas.

“Perbuatan sedemikian bukan sahaja mencerminkan sikap tidak bertanggungjawab, malah jelas bercanggah dengan semangat Perlembagaan Persekutuan dan prinsip Rukun Negara khususnya kesetiaan kepada Raja dan Negara serta keluhuran Perlembagaan.

“Institusi diraja adalah tonggak kedaulatan negeri dan negara. Ia bukan sekadar simbol, tetapi payung yang memelihara keharmonian, kestabilan dan kesejahteraan rakyat. Justeru, sebarang cubaan untuk memperlekeh atau menghina institusi ini tidak boleh dipandang ringan.

“Saya menggesa PDRM agar menjalankan siasatan secara segera, telus dan tegas terhadap mana-mana individu yang terlibat. Pada masa yang sama, MCMC perlu mempertingkatkan pemantauan dan penguatkuasaan terhadap kandungan digital yang melanggar undang-undang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas hantaran di Facebook yang dipercayai  menghina Sultan Sharafuddin Idris Shah mengaitkan baginda dengan pesta air yang menjadi perdebatan dalam kalangan netizen.

Dalam pada itu, semakan TV Pertiwi mendapati hantaran itu telah dipadamkan.

Fahmi berkata, kebebasan bersuara tidak boleh disalahgunakan sehingga mencetuskan provokasi atau ketegangan dalam masyarakat majmuk.

“Penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang bersesuaian harus diperkasa bagi memastikan pengesanan serta tindakan dapat dilaksanakan dengan lebih pantas dan berkesan.

“Sekiranya insiden sebegini terus berulang, saya berpandangan bahawa kerajaan Persekutuan wajar mempertimbangkan langkah-langkah penambahbaikan termasuk memperkukuh kerangka perundangan dan penguatkuasaan sedia ada demi menjamin keharmonian masyarakat serta mempertahankan kedaulatan negara.

“Marilah kita bersama-sama memelihara adab, menghormati institusi, dan memperkukuh nilai kenegaraan dalam setiap tindakan kita,” katanya.

Sebelum ini tular di media sosial hantaran menghina Sultan Selangor melibatkan isu penternakan babi mendapat kecaman orang ramai.

Rentetan itu polis telah merakam keterangan daripada 21 individu bagi membantu siasatan berhubung hantaran tersebut .

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, M Kumar berkata, kes disiasat mengikut Akta Hasutan 1948 (Seksyen 4(1)), Kanun Keseksaan (Seksyen 504) dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Seksyen 233) .


Sumber | TV Pertiwi 





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo