KUALA LUMPUR – Keputusan tegas dan berpendirian yang ditunjukkan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang disifatkan memberi sedikit sinar harapan kepada seluruh rakyat Malaysia yang semakin kecewa dengan sikap Perikatan Nasional (PN) yang masih mempertahankan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), kata Penyelaras Reset Gombak, Shafiq Halim.
Beliau berkata, rakyat kini semakin mual dan muak dengan landskap politik yang dianggap gagal membawa perubahan sebenar kepada negara.
Menurut beliau, keputusan yang diambil oleh Pas hari ini dilihat selari dengan kehendak rakyat yang mahukan kepimpinan lebih berprinsip dan berintegriti.
“Saya melihat Azmin Ali (Datuk Seri Mohamed Azmin Ali) bakal dihumban keluar dari Gombak mahupun Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Kelang oleh suara rakyat yang mahukan perubahan sebenar,” katanya di laman sosial milik beliau hari ini.
Shafiq yang dilantik oleh Datuk Seri Hamzah Zainudin sebagai Penyelaras Reset Gombak berkata, gelombang penolakan terhadap kepimpinan tertentu semakin jelas khususnya dalam kalangan pengundi di kawasan Gombak dan Hulu Kelang.
Tambahnya, beliau percaya rakyat kini semakin berani untuk membuat keputusan demi memastikan masa depan politik negara lebih stabil dan berteraskan prinsip perjuangan sebenar.
Terdahulu media melaporkan, Abdul Hadi dipetik berkata, Pas sedang meneliti semula hubungan dan kerjasama politik dengan Bersatu menjelang Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16).
Langkah tersebut katanya, termasuk kemungkinan bergerak tanpa parti itu sekiranya gagal mencapai kata sepakat.
Abdul Hadi juga berkata, penelitian semula kerjasama dan hubungan itu melibatkan semua aspek antara kedua-dua parti dalam PN dikaji secara menyeluruh berdasarkan pengalaman pilihan raya lalu. – MalaysiaGazette
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment